Judul : “Walau apa jua alasan, Saya tak patut sebenarnya keluar dengan suami orang” - Oktovia Manrose minta maaf pada Bella Astillah
link : “Walau apa jua alasan, Saya tak patut sebenarnya keluar dengan suami orang” - Oktovia Manrose minta maaf pada Bella Astillah
“Walau apa jua alasan, Saya tak patut sebenarnya keluar dengan suami orang” - Oktovia Manrose minta maaf pada Bella Astillah
PELAKON baharu yang dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Aliff Aziz iaitu Oktovia Manrose akhirnya meminta maaf terhadap isteri aktor itu Bella Astillah.
Oktovia berkata, dia enggan menegakkan benang yang basah dan mengakui kesilapan yang dilakukan sehingga menjejaskan rumah tangga pasangan itu.
"Hari ini bersejarah buat saya dan tidak pernah terfikir pun semu ini akan berlaku.
"Kepada Bella Astillah saya tak nak menegakkan benang yang basah. Saya minta maaf dengan apa yang berlaku dan apa yang berlaku sangat salah.
"Saya tak patut keluar dengan suami orang dan saya tak patut keluarkan apa-apa kenyataan kerana saya yang salah,” ujarnya di Instagram malam Rabu.
Sebelum ini isteri pelakon Aliff Aziz mendedahkan suaminya sedang menjalinkan hubungan dengan seorang pelakon baharu ketika menjalani penggambaran sebuah telefilem.
Bella berkata, dia mendapat maklumat daripada sumber di Instagram bahawa pasangan itu berhibur di sebuah kelab malam.
Sementara itu, Oktovia menyedari dia tidak sepatutnya membuat kenyataan berkaitan yang memburukkan lagi keadaan.
Katanya, tindakan itu disebabkan provokasi dan kata-kata kesat keterlaluan yang dilemparkan netizen terhadap dirinya.
"Kenapa tadi saya jawab begitu kerana kata-kata kesat netizen sampai buat saya melantun. Ia sangat menyakitkan namun saya sepatutnya menerima tomahan itu,” ujarnya.
Oktovia turut berharap kemelut rumah tangga Aliff dan Bella itu dapat diselesaikan dengan cara baik.
Pelakon baharu ini ialah anak pasangan penyanyi dangdut Iwan dan pelakon Allahyarham Rosnah Mohd Noor.
sumber : mStar Online
Oktovia mengaku salah keluar dengan Aliff Aziz
“KEPADA Bella Astillah, saya tidak mahu menegakkan benang basah. Saya mahu minta maaf dengan apa yang berlaku," tulis pelakon Oktovia Manrose di IG Story mengenai dakwaan yang mengaitkan dirinya terhadap kecurangan Aliff Aziz, suami Bella.
Menerusi entri itu, Oktovia mengakui dia tidak sepatutnya keluar dengan suami orang dan memberikan apa-apa kenyataan mengenai kerana jelas dia yang bersalah.
"Apa yang berlaku memang sangat-sangat salah. Saya akui itu. Saya tidak patut keluar dengan suami orang.
“Saya tidak patut keluarkan apa-apa kenyataan kerana sudah terang saya yang salah.
"Saya tidak patut campur urusan awak dan suami. Saya tidak patut ceritakan hal rumah tangga awak. Saya harap awak dan Aliff boleh selesaikan dengan cara baik.
"Baik-baik bincang. Saya doakan yang terbaik untuk awak dan keluarga. Amin, InsyaAllah," katanya.
Anak kepada bekas penyanyi dangdut, Iwan itu menjelaskan dia berkelakuan sebegitu adalah disebabkan terkejut dengan kata-kata kasar daripada netizen.
"Tadi saya jawab begitu kerana terkejut dengan kecaman netizen sampai buat saya melantun. Ia sangat menyakitkan, tetapi memang patut pun saya dapat semua itu.
"Hari ini adalah hari paling besar dalam hidup saya. Hidup paling bersejarah. Tidak terfikir dan rancang semua ini berlaku.
"Tapi, ia sudah terjadi. Saya sedar ini kekhilafan dari saya. Saya manusia biasa yang takkan lari dari buat silap," katanya.
Terdahulu, Bella menerusi akaun Instagramnya mendakwa bahawa Aliff berlaku curang dengan Oktovia serta turut memuatnaik perbualan daripada seseorang yang mengatakan dia melihat suaminya dan pelakon itu di sebuah kelab malam sebagai bukti.
Sebelum ini, Aliff pernah mencetuskan kontroversi apabila didakwa berlaku curang dengan seorang pelakon ketika menjalani penggambaran sebuah bersama.
Aliff dan Bella berkahwin pada September 2016 dan dikurniakan cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia setahun tujuh bulan.
Sumber : harian metro
Sumber “Walau apa jua alasan, Saya tak patut sebenarnya keluar dengan suami orang” - Oktovia Manrose minta maaf pada Bella Astillah
Demikianlah Artikel “Walau apa jua alasan, Saya tak patut sebenarnya keluar dengan suami orang” - Oktovia Manrose minta maaf pada Bella Astillah
Sekianlah artikel “Walau apa jua alasan, Saya tak patut sebenarnya keluar dengan suami orang” - Oktovia Manrose minta maaf pada Bella Astillah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.