Judul : 'Penyakit' Iqram Dinzly makin lama makin membimbangkan, netizen minta pergi dapatkan rawatan dari jadi semakin parah
link : 'Penyakit' Iqram Dinzly makin lama makin membimbangkan, netizen minta pergi dapatkan rawatan dari jadi semakin parah
'Penyakit' Iqram Dinzly makin lama makin membimbangkan, netizen minta pergi dapatkan rawatan dari jadi semakin parah
Sekiranya dilihat semata-mata berdasarkan perkongsian di laman sosial, sememangnya ada sesuatu yang tidak kena dengan Iqram Dinzly. Namun mungkin ada sisi Iqram yang kita tidak ketahui di dunia sebenar. Terbaru, satu gambar yang menunjukkan dirinya separuh bogel dengan patung beruang di celahan kangkang telah membuatkan netizen mengecam sambil menasihati pelakon ini.
Amat menyedihkan melihat apa yang sedang dilalui oleh Iqram Dinzly sekarang ini. Walaupun telah dikecam sebelum ini, ternyata Iqram terus menerus memuatnaik status dan gambar yang mampu mencetuskan provokasi daripada para peminatnya.
Apa pun Admin respek dengan sesetengah netizen yang meminta Iqram pergi berubat. Sekurang-kurangnya dapatkan kaunseling pun sudah bagus sebelum keadaan dirinya menjadi semakin parah.
Artikel berkaitan
'Tolonglah bantu saya jelaskan hutang RM90,000...' - Iqram Dinzly
PELAKON Iqram Dinzly yang diisytihar muflis, Isnin lalu memohon sumbangan ikhlas orang ramai bagi membantunya keluar dari masalah itu.
Iqram, 38, atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin yang juga cucu mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Said berkata, dia memerlukan lebih kurang RM90,000 jika ingin bebas dari senarai bankrupsi dan insolvensi.
“Saya dimaklumkan oleh peguam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), jika ingin bebas dari status berkenaan saya kena jelaskan lebih kurang RM90,000 dalam tempoh yang berbaki 20 hari lagi.
“Disebabkan itu, saya mengharapkan bantuan daripada orang ramai. Ini pertama kali saya buat macam ini. Saya berharap ada sedikit belas ihsan dalam diri mereka. Memadai jika saya dapat keluar daripada status muflis dan insolvensi supaya dapat membuat perancangan lain. Selebihnya, saya boleh ikhtiar cara lain.
“Saya tak malu nak minta bantuan. Biarlah orang nak kata apa. Kalau ini cara yang boleh menyelesaikan masalah saya, apa salahnya,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Iqram, sekiranya gagal berbuat sedemikian sebuah rumah berupa unit kondominium dan dua kereta miliknya akan dilelong.
“Saya nak mengharapkan bantuan keluarga pun susah juga, sebab masing-masing ada komitmen. Dalam masa sama, takkan saya nak menyusahkan Mama pula. Saya tak nak bebankannya kerana dia pun ada banyak lagi tanggungan dalam keluarga.
“Diakui apabila timbul masalah ini, seorang rakan pun tak ada yang bertanya atau ingin menghulurkan bantuan. Saya pula jenis yang tak pernah mengungkit apa yang pernah dibuat sebelum ini.
“Kalau ada antara mereka yang ingat dan kenang jasa saya, mereka akan datang sendiri. Saya tak perlu tanya pun,” katanya.
Iqram berkata, jika ada yang ingin membantu boleh berhubung terus dengannya.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan Iqram diisytihar muflis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selepas gagal membayar cukai pendapatan RM77,000.
Keputusan itu disampaikan peguam LHDN kepada Iqram di Mahkamah Majistret Ipoh, Isnin lalu.
Sumber : Harian Metro
Sumber 'Penyakit' Iqram Dinzly makin lama makin membimbangkan, netizen minta pergi dapatkan rawatan dari jadi semakin parah
Demikianlah Artikel 'Penyakit' Iqram Dinzly makin lama makin membimbangkan, netizen minta pergi dapatkan rawatan dari jadi semakin parah
Sekianlah artikel 'Penyakit' Iqram Dinzly makin lama makin membimbangkan, netizen minta pergi dapatkan rawatan dari jadi semakin parah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.