Walaupun pemuda ini kudung tapi dia tetap bekerja, bangkit tangkis persepsi negatif sesetengah individu yang mengatakan Melayu bangsa pemalas

Walaupun pemuda ini kudung tapi dia tetap bekerja, bangkit tangkis persepsi negatif sesetengah individu yang mengatakan Melayu bangsa pemalas - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Walaupun pemuda ini kudung tapi dia tetap bekerja, bangkit tangkis persepsi negatif sesetengah individu yang mengatakan Melayu bangsa pemalas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Walaupun pemuda ini kudung tapi dia tetap bekerja, bangkit tangkis persepsi negatif sesetengah individu yang mengatakan Melayu bangsa pemalas
link : Walaupun pemuda ini kudung tapi dia tetap bekerja, bangkit tangkis persepsi negatif sesetengah individu yang mengatakan Melayu bangsa pemalas

Baca juga


Walaupun pemuda ini kudung tapi dia tetap bekerja, bangkit tangkis persepsi negatif sesetengah individu yang mengatakan Melayu bangsa pemalas



PETALING JAYA: Dia tidak ada kesempurnaan tubuh badan, tetapi Syed Mohd Syahrain Syed Fadzin mempunyai kecekalan yang membuat ramai orang yang sempurna malu.

Walaupun kedua-dua tangannya kudung di pergelangan tangan, pemuda berusia 25 tahun ini tekad bekerja kerana tidak mahu bergantung harapan kepada orang lain.

Lebih daripada itu, dia berazam menangkis persepsi buruk sebahagian masyarakat terhadap orang kelainan upaya (OKU) dan orang Melayu yang kerap dikaitkan dengan kemalasan.



Syed Syahrain, 25, bekerja sepenuh masa sebagai penghantar makanan menggunakan motosikal, pekerjaan dianggap hampir mustahil oleh setengah pihak.

“Saya hendak buktikan saya boleh berdikari dan saya mahu buktikan juga Melayu tidak malas,” katanya dalam wawancara dengan FMT.

Dia baru kerja dalam 2 bulan dengan syarikat Foodpanda.

Sebelum ini dia bekerja sebagai pencuci kereta, kemudian jadi penghantar alat ganti kenderaan yang dipesan pemilik bengkel selama 5 tahun.

Syed Syahrain tidak menafikan ramai yang menyatakan mereka kagum melihat dia membawa motosikal untuk menghantar makanan ke sana-sini dengan mengharungi kesesakan lalulintas untuk menghantar makanan.

“Masa saya minta kerja, pihak syarikat sendiri ragu-ragu dengan kemampuan saya. Mereka fikir, tanpa tangan bagaimana saya nak bawa beg dan sebagainya.

“Tetapi kawan saya beritahu mereka, kalau saya pernah bawa alat ganti kenderaan, tentu saya boleh kerja bawa makanan yang dipesan,” katanya.

Menurutnya, selain menangkis persepsi negatif terhadap OKU yang sering dikaitkan dengan kecenderungan minta sedekah, Syed Syahrain turut mahu membuktikan persepsi setengah pihak Melayu bangsa pemalas tidak benar.

“Semuanya atas kemahuan sendiri. Mahu seribu daya. Kalau malas tak ada ubat lagi, tapi kalau kita rajin, banyak boleh kita buat. Sebenarnya, di tanah air kita ini, kerja ada di mana-mana.

“Terpulang kepada kita sama ada nak kerja atau tidak. Yang penting, jangan memilih,” katanya, yang tinggal bersama neneknya di Sungai Buloh.

Dia adalah anak kedua dalam 7 adik-beradik.

Syed Syahrain berkata setengah wang digunakan untuk keperluannya dan untuk membeli barang-barang dapur untuk neneknya. Sebahagian dibelanjakan untuk menambah baik motosikalnya.

“Saya memang minat dengan sukan permotoran dua roda, jadi saya kumpul wang beli motosikal. Antara motosikal yang saya sudah beli adalah jenis Yamaha 125, Sekarang saya guna motosikal Yamaha 135 LC,” katanya.

Minatnya bermotor membawa Syed Syahrain menjelajah banyak dengan dengan rakan-rakan sebaya, secara konvoi bermotosikal.

Mereka sudah menjelajah banyak tempat dan negeri, dan paling jauh dia pernah pergi setakat ini adalah ke Kedah.

Mengenang detik hitam yang menyebabkan hingga kedua-dua tanganya kudung, Syed Syahrain berkata insiden berkenaan berlaku ketika beliau berusia 9 tahun.

“Saya bermain dalam sebuah gerai kosong depan Penjara Sungai Buloh (Selangor).

“Waktu itu saya dan rakan-rakan bermain berhampiran kawasan penjara. Tiba-tiba saya terjumpa 2 objek bulat sebesar bola tenis.

“Saya masih kecil dan tidak faham apa-apa. Saya lagakan kedua-dua objek itu. Tiba-tiba ia meletup,” katanya.

Turut cedera adalah 3 orang kawannya.

Selepas itu baru dia mendapat tahu “bola tenis” yang dijumpainya itu sebenarnya bom buatan sendiri.

Sumber : freemalaysiatoday.com

Sumber Walaupun pemuda ini kudung tapi dia tetap bekerja, bangkit tangkis persepsi negatif sesetengah individu yang mengatakan Melayu bangsa pemalas


Demikianlah Artikel Walaupun pemuda ini kudung tapi dia tetap bekerja, bangkit tangkis persepsi negatif sesetengah individu yang mengatakan Melayu bangsa pemalas

Sekianlah artikel Walaupun pemuda ini kudung tapi dia tetap bekerja, bangkit tangkis persepsi negatif sesetengah individu yang mengatakan Melayu bangsa pemalas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: