Pemuda ini berani mati jual nasi tomato dan nasi berani harga RM0.10 sen sahaja, ini yang berlaku kepadanya.. sungguh tidak sangka!

Pemuda ini berani mati jual nasi tomato dan nasi berani harga RM0.10 sen sahaja, ini yang berlaku kepadanya.. sungguh tidak sangka! - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Pemuda ini berani mati jual nasi tomato dan nasi berani harga RM0.10 sen sahaja, ini yang berlaku kepadanya.. sungguh tidak sangka!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemuda ini berani mati jual nasi tomato dan nasi berani harga RM0.10 sen sahaja, ini yang berlaku kepadanya.. sungguh tidak sangka!
link : Pemuda ini berani mati jual nasi tomato dan nasi berani harga RM0.10 sen sahaja, ini yang berlaku kepadanya.. sungguh tidak sangka!

Baca juga


Pemuda ini berani mati jual nasi tomato dan nasi berani harga RM0.10 sen sahaja, ini yang berlaku kepadanya.. sungguh tidak sangka!



BALIK PULAU: “Biaq betoi (biar betul), nasi beriani sekupang,” itu reaksi setiap pengunjung yang ke Baen Cafe di sini.

Ramai yang terkejut kerana nasi tomato dan nasi beriani kosong dijual di premis itu dengan harga hanya 10 sen sepinggan.

Lebih unik, minuman yang dibancuh dengan gula dan perisa seperti sirap, teh O dan kopi O juga dijual dengan harga 10 sen segelas.

Pemilik Baen Cafe, Ibrahim Abdul Rahim, 37, berkata, sudah 15 tahun dia mengusahakan perniagaan makanan itu selepas meneruskan legasi bapanya.

Menurutnya, sebelum ini dia berniaga di sebuah gerai berdekatan sebelum berpindah ke kawasan berhampiran Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Balik Pulau pada Mei tahun lalu.

“Sudah setahun saya berniaga di sini dan sejak itu juga mula menjual nasi beriani dan nasi tomato yang belum dicampur lauk dengan harga 10 sen sepinggan.

“Selain itu, air yang dibancuh dengan perisa dan gula juga dijual dengan harga 10 sen, tetapi ia hanya untuk mereka yang makan di sini dan tidak boleh dibungkus,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, idea menjual nasi dengan harga 10 sen itu datang selepas menyedari keperluan untuk menjual makanan dengan murah mengikut keadaan ekonomi semasa selain membantu meringankan kos kehidupan pelanggan.

Katanya, dia faham dengan keadaan ekonomi ketika ini dan sebab itu dia menjual makanan dengan murah.

“Sebelum ini, saya pernah memberi percuma setiap air minuman kepada pelanggan yang datang makan ke kedai saya, tetapi ia menimbulkan perasaan malu dalam kalangan penunjung serta ada yang tidak gemar dengan minuman percuma.

“Namun, perniagaan saya ketika itu juga cukup menguntungkan kerana orang ramai datang kerana harga makanan dijual berpatutan.

“Ketika itu, saya menjual ayam goreng dengan harga RM1 setiap satu,” katanya.

Peniaga itu berkata, di kedai makannya juga dia menjual nasi campur dengan beraneka lauk dan ia jauh lebih murah daripada kedai biasa malah harganya 50 peratus jauh lebih murah.

“Sebagai contoh, ayam goreng yang dijual RM3 di kedai lain, kami menjualnya dengan harga RM1.50, ikan cencaru yang dijual RM5 di kedai lain hanya dijual RM3 di sini,” katanya.

IBRAHIM (tengah) bermesra dengan pelanggan yang hadir di kedai makannya.

Menurutnya, ramai yang berpendapat bahawa ada individu lain yang membantu memberi modal kepadanya kerana mampu menjual dengan harga yang murah dan tidak rugi, namun ia tidak benar sama sekali kerana semua dilakukan dengan niat untuk membantu orang ramai.

Ibrahim berkata, walaupun menjual nasi dengan harga 10 sen, dia masih untung walaupun ramai mempertikaikan tindakannya itu dengan mendakwa ia boleh melingkupkan perniagaan.

Menurutnya, dia percaya jika memberi kesenangan kepada orang ramai, tidak mustahil usaha itu akan menguntungkan kelak.

Katanya, ramai peniaga hanya menjual makanan dan minuman dengan harga murah ketika perniagaan mereka sedang merudum dan ia tidak digalakkan kerana dilihat tidak ikhlas dalam berbuat demikian.

“Seharusnya, peniaga yang mahu bersedekah dalam berniaga seharusnya menjual dengan harga murah sebaik mereka mula berniaga.

“Dengan menjual makanan dan minuman dengan harga yang murah, sedikit- sebanyak saya sudah bersedekah,” katanya.

Ibrahim berkata, dia pernah berdepan dengan pelbagai ragam pelanggan terutama sebahagian golongan pelajar yang datang makan dan tidak membayar makanan mereka.

“Walaupun saya menyedari perkara itu tetapi saya membiarkan mereka, ada antara mereka yang datang kembali keesokan hari dan membayarnya, malah ada yang memberitahu bahawa mereka tidak mempunyai wang dan akan membayarnya kemudian.

‘Kita faham kadangkala ada mereka yang tidak cukup wang untuk makan, dan dengan cara ini saya sudah membatu mereka termasuk meringankan kos kehidupan mereka dengan menjual makanan dan minuman dengan harga yang murah,” katanya.

Menurutnya, pihaknya juga menyediakan tandas dan surau bagi kegunaan pelanggan dan sentiasa dipenuhi orang ramai ketika waktu makan tengah hari.

Sumber : harian metro

Sumber Pemuda ini berani mati jual nasi tomato dan nasi berani harga RM0.10 sen sahaja, ini yang berlaku kepadanya.. sungguh tidak sangka!


Demikianlah Artikel Pemuda ini berani mati jual nasi tomato dan nasi berani harga RM0.10 sen sahaja, ini yang berlaku kepadanya.. sungguh tidak sangka!

Sekianlah artikel Pemuda ini berani mati jual nasi tomato dan nasi berani harga RM0.10 sen sahaja, ini yang berlaku kepadanya.. sungguh tidak sangka! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: