Judul : "Pelanggan Sebenarnya Tidak Menunggu Lama Seperti Di Dakwa Dalam Video Yang Tular Semalam" – APAD
link : "Pelanggan Sebenarnya Tidak Menunggu Lama Seperti Di Dakwa Dalam Video Yang Tular Semalam" – APAD
"Pelanggan Sebenarnya Tidak Menunggu Lama Seperti Di Dakwa Dalam Video Yang Tular Semalam" – APAD
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa sisasatan yang dijalankan terhadap penularan video ketegangan di kaunter perkhidmatan kerajaan berdurasi 43 saat berlaku di Kauter Pejabat Wilayah APAD Kelana Jaya.
APAD berkata, pihaknya sudahpun sedia maklum dengan insiden berkenaan dan menjalankan siasatan.
”Hasil siasatan mendapati pengendali tersebut telah hadir ke kaunter pejabat wilayah AP. Kelana Jaya pada 26 Februari 201, jam 2.30 petang bagi menghantar dokumen permohonan namun tidak dapat menjalankan urusan tersebut disebabkan kaunter nombor giliran telah tutup pada jam 2.00 petang apabila had nombor telah mencapai had maksimum giliran harian dan pengendali diminta untuk hadir semula lebih awal oleh pegawai di kaunter.
”Pengendali tersebut kemudiannya berasa tidak berpuashati dan terus memarahi pegawai kaunter kerana mendakwa telah menunggu selama 4 jam untuk berurusan,’‘ kata kenyataan itu.
Bagaimanapun siasatn yang dijalankan APAD mendapati bahawa pengendali berkenaan tidak menunggu untuk tempoh yang lama seperti yang didakwa.
”Untuk makluman, setelah penutupan beberapa pejabat di UTC, Pejabat Wilayah APAD Kelana Jaya yang sebelum ini menerima purata 500 orang pelanggan sehari kini mengalami pertambahan mendadak bilangan pelanggan yang hadir selain turut menghadapi kekurangan petugas dan kaunter untuk berurusan,” kata kenyataan itu lagi.
Sehubungan itu, APAD menyeru orang ramai untuk hadir lebih awal ke bagi tujuan kelancaran urusan di kaunter. PAD juga memandang serius terhadap dakwaan yang dibuat dan sentiasa mengutamakan kebajikkan semua pelangganya.
”Pihak kami akan sentiasa memperbaiki mutu perkhidmatan demi kelancaran urusan setiap pelanggan dan segala kesulitan yang berlaku amatlah dikesali”.
Sumber: APAD via siakapkeli.my
Sumber "Pelanggan Sebenarnya Tidak Menunggu Lama Seperti Di Dakwa Dalam Video Yang Tular Semalam" – APAD
Demikianlah Artikel "Pelanggan Sebenarnya Tidak Menunggu Lama Seperti Di Dakwa Dalam Video Yang Tular Semalam" – APAD
Sekianlah artikel "Pelanggan Sebenarnya Tidak Menunggu Lama Seperti Di Dakwa Dalam Video Yang Tular Semalam" – APAD kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.