Judul : “Kami berjaya menewaskan jurulatih bertaraf kelas dunia. Inikan pula Malaysia, ianya seperti makan kacang saja.”-Jurulatih Vietnam
link : “Kami berjaya menewaskan jurulatih bertaraf kelas dunia. Inikan pula Malaysia, ianya seperti makan kacang saja.”-Jurulatih Vietnam
“Kami berjaya menewaskan jurulatih bertaraf kelas dunia. Inikan pula Malaysia, ianya seperti makan kacang saja.”-Jurulatih Vietnam
Bagi jurulatih malaysia TAN CHENG HOE ini merupakan detik terbaik bagi membalas dendam atas kekalahan pasukan malaysia di peringkat kumpulan ketika beraksi di vietnam.Dalam pada masa yang sama mat yo berkata ‘ kami akan datang seperti jerung kelaparan kepada pasukan vietnam tanpa meninggalkan secebis daging sekali pun ‘.katanya.
Perang syikologi mula di mainkan oleh jurulatih pasukan vietnam dari korea selatan selepas semalam beliau memberitahu pihak media akan menjadikan malaysia lauk makan malam.Pada hari ini sewaktu di tanya oleh pihak media beliau berkata ‘ pasukannya telah menewaskan taktik dan strategi dari seorang jurulatih class dunia jika nak di bandingkan dengan malaysia ibarat seperti makan kacang ‘ bagi saya.
Penyerang negara zaquan razak berkata ‘ kami akan bermain 200% kali ini di bukit jalil dengan sorakkan gemuruh dari ‘ ekor harimau ‘ ia membantu memberi semangat juang kami yang tinggi.Pasukan vietnam akan mengingati detik-detik ini dalam kalender sejarah bola sepak mereka.
Dalam pada itu presiden FAM Dato Hamidin Mohd Amin beritahu kepada para pemain malaysia ‘ sudah tiba masanya harimau mengaum di stadium bukit jalil.Memburulah seperti seekor harimau yang lapar tanpa belas kasihan jangan biarkan mereka menghina kita sesuka hati’.Malaysia Boleh..
Sila tonton video:
Malaysia jumpa Vietnam di pentas akhir Piala AFF
PETALING JAYA: Pasukan Malaysia berdepan dengan Vietnam di pentas akhir Piala AFF Suzuki 2018.
Skuad Harimau Malaya mara ke final selepas bertarung dengan Gajah Perang di Stadium Rajamangala, Bangkok Rabu malam dengan keputusan berpihak kepada pasukan negara, seri 2-
Keputusan tersebut sekaligus sudah cukup membawa skuad bimbingan Tan Cheng Hoe ini beraksi di laman sendiri pada pusingan akhir pertama pada 11 Disember ini menerusi peraturan gol di tempat lawan.
Kemaraan skuad negara merupakan ulangan aksi akhir 2010 yang berjaya menjulang trofi buat kali pertama selepas menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2.
Manakala kali ini merupakan saingan akhir keempat selepas 1996, 2010 dan 2014.
Sementara itu lawan Harimau Malaya pada edisi ke-12 kejohanan dwi tahunan ini merupakan pertemuan ulangan selepas aksi peringkat kumpulan sebelum ini yang memihak kepada Vietnam dengan keputusan 2-0.
‘The Golden Dragon’ itu menempah tiket ke final selepas menundukkan Filipina 2-1 pada aksi separuh akhir kedua (agregat 4-2) di Stadium My Dinh Khamis malam.
Perlawanan final kedua bakal berlangsung di Stadium My Dinh, Hanoi pada 15 Disember ini.
Harimau Malaya perlu banggakan negara – PM
PUTRAJAYA: “Jangan kecewakan saya dan negara kita,” kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan menyaksikan perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Bukit Jalil membabitkan Malaysia menentang Vietnam pada 11 Disember ini.
Dalam pertemuan untuk menyuntik semangat skuad Harimau Malaya di Perdana Putra di sini hari ini, Dr Mahathir berkata melalui kemenangan, kebolehan negara dapat dibanggakan.
“Kita nak cari kemenangan kerana kita nak berbangga dengan kebolehan negara kita. Sebagai rakyat Malaysia, kita bertanggungjawab mempertahankan maruah dan kehormatan negara,” katanya yang berharap skuad Harimau Malaya akan lakukan yang terbaik untuk mendapat kemenangan.
Pada pertemuan yang dihadiri Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin; Ketua Jurulatih Skuad Harimau Malaya ,Tan Cheng Hoe; dan kapten Zaquan Adha Abd Razak, Hamidin juga menyampaikan jersi No 7 kepada Dr Mahathir.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) menerima jersi pasukan kebangsaan Harimau Malaya daripada Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Ali pada majlis perjumpaan pemain bolasepak skuad kebangsaan bersama Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra hari ini. – Foto BERNAMA
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) beramah mesra bersama pemain sayap kebangsaan Mohamadou Sumareh pada majlis perjumpaan pemain bolasepak skuad kebangsaan di Bangunan Perdana Putra hari ini. – Foto BERNAMA
Malaysia akan bertemu pasukan Vietnam pada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 yang akan menggunakan format timbal balik dengan skuad negara bakal melayan kunjungan Vietnam pada 11 Disember sebelum aksi final kedua di Hanoi pada 15 Disember.
Dr Mahathir berpesan supaya pemain berdisiplin khususnya menjaga masa rehat dan berlatih bersungguh-sungguh dan semangat untuk mendapat kemenangan.
“I hope you will work hard and practice a lot. Live, sleep and think only of football and winning for Malaysia (Saya harap anda bekerja keras dan banyakkan berlatih. Hidup, tidur dan fikir hanya bola dan menang untuk Malaysia),” katanya.
Dr Mahathir turut menyatakan hasratnya untuk melihat pasukan Malaysia melayakkan diri dalam Piala Dunia nanti.
“Bola sepak adalah satu sukan yang dahulunya Malaysia kuat dan kerap menang. Sekarang, kita ketinggalan,” katanya.
Beliau berkata negara Jepun telah mencapai kejayaan yang cukup pantas dan amat baik sedangkan dahulu mereka berada di belakang Malaysia dalam sukan bola sepak.
“Disebabkan mereka berlatih bersungguh-sungguh, Jepun telah maju dalam bola sepak sehingga dapat beraksi dalam World Cup. Jadi. Saya nak lihat pasukan Malaysia akan beraksi dalam World Cup satu hari nanti,” katanya. – BERNAMA
Sumber – dharian
Sumber “Kami berjaya menewaskan jurulatih bertaraf kelas dunia. Inikan pula Malaysia, ianya seperti makan kacang saja.”-Jurulatih Vietnam
Demikianlah Artikel “Kami berjaya menewaskan jurulatih bertaraf kelas dunia. Inikan pula Malaysia, ianya seperti makan kacang saja.”-Jurulatih Vietnam
Sekianlah artikel “Kami berjaya menewaskan jurulatih bertaraf kelas dunia. Inikan pula Malaysia, ianya seperti makan kacang saja.”-Jurulatih Vietnam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.