Tommy jadi Peguam Negara tak jejas Melayu, Islam - Pemuda Amanah

Tommy jadi Peguam Negara tak jejas Melayu, Islam - Pemuda Amanah - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Tommy jadi Peguam Negara tak jejas Melayu, Islam - Pemuda Amanah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tommy jadi Peguam Negara tak jejas Melayu, Islam - Pemuda Amanah
link : Tommy jadi Peguam Negara tak jejas Melayu, Islam - Pemuda Amanah

Baca juga


Tommy jadi Peguam Negara tak jejas Melayu, Islam - Pemuda Amanah

SHAH ALAM: Pemuda Amanah menyokong cadangan melantik Tommy Thomas sebagai peguam negara sekali gus menafikan pendapat bahawa kedudukan Islam dan Melayu terjejas susulan lantikan bukan kalangan Muslim.

Ketuanya, Faiz Fadzil berkata, kedudukan istimewa Islam dan Melayu tidak akan terjejas kerana ia telah dijamin dipelihara oleh kerajaan Pakatan Harapan (Harapan).

"Peguam negara juga tiada kuasa mengubah keistimewaan Islam dan Melayu kerana kedua-dua keistimewaan ini adalah prerogatif Legislatif," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Tommy mempunyai kelayakan dari segi merit dan perlembagaan, selain menyorot pengalaman peguam kanan itu mengendalikan kes-kes berprofil tinggi yang rumit.

“Antara kes yang pernah dikendalikan Tommy adalah kes berkaitan isu dakwat kekal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kes saman Petroliam Nasional Berhad (Petronas) berkaitan hak royalti Kelantan dan kes pilihan raya kerajaan tempatan di Pulau Pinang.

Oleh itu, katanya, Pemuda Amanah percaya pelantikan Tommy mengendalikan kes-kes berprofil tinggi bukan atas faktor sokongan kepada parti politik tetapi berdasarkan kelayakan beliau mengkaji isu undang-undang selain kebijaksanaan berhujah.

BACA: Hentikan percanggahan lantikan Peguam Negara 

BACA: Isu lantikan Peguam Negara akan diselesai ikut Perlembagaan - Dr Mahathir 

BACA: Isu Peguam Negara: Raja-Raja Melayu dijangka bersidang pada Selasa 

BACA: Tiada peruntukan Peguam Negara perlu Melayu - Hanipa

“Kepakaran Tommy akan membantu negara dalam mengendalikan kes seperti 1MDB dan penelitian semula perjanjian-perjanjian yang dimeterai kerajaan sebelum ini yang merugikan negara,” katanya.

Selain itu, beliau juga mencadangkan Tommy dilantik sebagai senator.

"Menurut Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan, Tommy boleh dilantik sebagai ahli parlimen di Dewan Negara dan seterusnya dilantik sebagai Peguam Negara untuk memenuhi hasrat Harapan meletakkan peguam negara di bawah Parlimen," katanya.

Terdahulu, surat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menulis kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V memohon perkenan agar Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dipecat dan digantikan dengan peguam kanan yang juga pakar perlembagaan, Tommy Thomas masih belum mendapat maklum balas dari pihak istana.



Sumber Tommy jadi Peguam Negara tak jejas Melayu, Islam - Pemuda Amanah


Demikianlah Artikel Tommy jadi Peguam Negara tak jejas Melayu, Islam - Pemuda Amanah

Sekianlah artikel Tommy jadi Peguam Negara tak jejas Melayu, Islam - Pemuda Amanah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: