(Video) Dua maut dirempuh bas langgar lampu merah

(Video) Dua maut dirempuh bas langgar lampu merah - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang (Video) Dua maut dirempuh bas langgar lampu merah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : (Video) Dua maut dirempuh bas langgar lampu merah
link : (Video) Dua maut dirempuh bas langgar lampu merah

Baca juga


(Video) Dua maut dirempuh bas langgar lampu merah

Seorang lelaki dan ibu saudaranya maut selepas motosikal yang ditunggang mereka dirempuh sebuah bas persiaran yang membawa 30 pelancong dalam kejadian jam 10.50 malam Isnin di persimpangan lampu isyarat Hospital Pantai Ayer Keroh-Jalan Tun Abdul Razak, lapor Berita Harian.
Zhariq Fizry, 20, dan ibu saudaranya, Sabariah Amin, 46, yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Batu Gajah, Merlimau, Jasin, maut selepas motosikal Yamaha Ego mereka dirempuh bas.


Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila bas persiaran yang dipandu lelaki berusia 52 tahun itu dari Ayer Keroh menghala ke arah Hospital Pantai, gagal mengelak motosikal mangsa dari arah Hospital Pantai mahu membeli ke arah kanan menghala ke Taman Merak. 
"Rempuhan itu menyebabkan kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu bas dan 30 penumpang tidak cedera," katanya.  
Bapa mangsa, Rofizi Mohd Yusof, 44 berkata, pada hari kejadian itu merupakan hari pertama untuk anaknya bekerja dan tidak menyangka ia juga hari terakhir buat anaknya itu. 
"Semalam hari pertama dia bekerja di pusat beli-belah itu (Aeon Bandaraya) dan dia ke sana bersama ibu saudaranya. Malangnya, itu jugalah hari terakhir dia bekerja," katanya.
Menurut Rofizi, diah anya mengetahui anaknya bekerja di pasar raya berkenaan selepas kemalangan itu berlaku. Zhariq juga tinggal bersama ibu saudaranya itu yang merupakan ibu tunggal yang mempunyai tiga anak lelaki, antara sebab mengapa Zhariq selesa tinggal bersama mereka. 
"Arwah Sabariah bekerja sebagai pengawal keselamatan di pusat beli-belah sama, sebab itulah Zhariq Fizry membonceng motosikal berkenaan.
"Sebelum itu, saya tidak tahu dia sudah bekerja. Ketika saya menelefonnya pagi semalam pun, dia tidak beritahu mengenai kerja baru itu," katanya.
Rofizi berkata, panggilan telefon itu adalah perbualan terakhirnya bersama arwah dan dia sempat mengajak anak lelakinya pulang ke Kuala Lumpur untuk melakukan persiapan Aidilfitri.
"Dia (Zhariq) membonceng ibu saudaranya kerana tidak mempunyai lesen memandu dan sepatutnya mengambil ujian memandu hari ini," katanya.


Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 


Sumber (Video) Dua maut dirempuh bas langgar lampu merah


Demikianlah Artikel (Video) Dua maut dirempuh bas langgar lampu merah

Sekianlah artikel (Video) Dua maut dirempuh bas langgar lampu merah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: