'Muka anak tiba-tiba jadi biru gelap seperti kena cekik' - Jangan biarkan anak menangis terlampau lama

'Muka anak tiba-tiba jadi biru gelap seperti kena cekik' - Jangan biarkan anak menangis terlampau lama - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang 'Muka anak tiba-tiba jadi biru gelap seperti kena cekik' - Jangan biarkan anak menangis terlampau lama, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Muka anak tiba-tiba jadi biru gelap seperti kena cekik' - Jangan biarkan anak menangis terlampau lama
link : 'Muka anak tiba-tiba jadi biru gelap seperti kena cekik' - Jangan biarkan anak menangis terlampau lama

Baca juga


'Muka anak tiba-tiba jadi biru gelap seperti kena cekik' - Jangan biarkan anak menangis terlampau lama

Salam, sedikit perkongsian. Pernah dengar tak budak menangis sampai hilang suara dan tiba-tiba muka dia terus menjadi biru? 
Baru dua hari lalu perkara ini berlaku pada Zaim. Selepas berbuka, waktu itu Zaim dah penat dan mengantuk. Kemudian bawa dia masuk bilik, padam lampu dan pasang lampu tidur saja sebab nak tidurkan dia. Tetapi Zaim pantang nampak ayah dia, jadi dia pun bangun dan turun daripada katil semula untuk menunggu ayah dia solat. 
Selesai saja ayahnya solat, saya dengar dia gelak-gelak lagi. Tiba-tiba dia jalan sikit, kemudian dia terjatuh sendiri. Jatuh itu tak adalah teruk mana tetapi sakit bagi dia dan tambahan pula dia dah penat dan mengantuk. Dia menangis kuat sangat dan terus senyap. 
Saya rasa pelik sebab biasanya kalau dia sakit, dia akan datang pada saya untuk tunjuk di bahagian mana anggota badannya yang sakit. Jadi, tergerak hati saya nak tengok dia. Saya hidupkan lampu bilik, rupa-rupanya muka dia bertukar menjadi kebiruan! Biru gelap seperti kena cekik. Terus tangan dia terkulai dan tiada respon serta matanya terpejam (pengsan). 
Masa itu saya dengan suami sudah panik sebab kami tidak pernah mengalami kejadian seumpama ini. Suami tepuk-tepuk belakang badan Zaim, cuba menyedarkannya tetapi tiada sebarang respon. Saya dah tak keruan apabila melihat anak terkulai di depan mata. 
Suami cepat-cepat bawa Zaim ke bilik air dan basahkan Zaim sambil menepuk-nepuk belakang badannya. Alhamdulillah Zaim bagi respon, dia buka mata dan mula menangis. Baru nampak muka dia merah. 
Nak gugur jantung saya dibuatnya. "Hang jangan macam tu lagi Zaim. Hilang akal mak dibuatnya" 
Tidak lama selepas kejadian itu, kami bawa Zaim berjumpa dengan doktor. Menurut doktor, apa yang berlaku adalah simptom Breath Holding Spells. Budak yang jenis seperti ini tidak boleh menangis terlampau lama, dia akan kejang dan lemas (punca muka Zaim menjadi biru). 
ANTARA PUNCA YANG MENYEBABKAN BREATH HOLDING SPELLS: 
1 Anak itu cedera yang membuatkan dia terasa sakit yang teramat sangat. Tidak kiralah sama ada jatuh, kena pukul kemudian dia akan menangis terlampau kuat sehingga hilang suara.
2, Anak itu rasa ksecewa. Maksudnya dia mahukan sesuatu tetapi dia tak dapat. Seperti anak saya ini, dia akan menjerit sambil meneran. Cuba korang buat, macam lemas tak? Budak, apa dia tahu? Dia buat sesuka hati dia sahaja. 
3. Anak itu marah. Apabila perasaan dia tengah marah dah tentu-tentu dia akan menangis kadang-kadang sampai meneran sebab dia geram sangat. Kau yang besar itu pun kuat menangis, inikan pula budak? 
Tiga punca di atas ini sememangnya ada pada Zaim. Dia kerap menangis ambil meneran-neran. 
Bila kejadian seperti ini pernah berlaku kepada anak, ia berkemungkinan akan berulang kembali sehingga usianya mencapai 7 tahun. Jadi, ibu bapa dinasihatkan berhati-hati dan beringatlah apabila anak-anak kecil anda menangis kuat. 
Ini juga sebagai peringatan buat diri saya. Bila anak menangis, perhatikan dia. Janganlah bila anak dah menjerit kuat, ibu bapa kata "Haaa! Rasakan! Rasakan! Nak main sangat, suruh tidur tak nak. Kan dah jatuh?!" Kalau tak jadi apa-apa, tak apalah. Jangan kalau dah biru muka anak baru nak menyesal.
Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Breath Holding Spells ini boleh cuba cari video di YouTube, tengok macam mana budak-budak kena BHS ini. Saya harap orang lain pun mengambil tahu tentang hal ini dan tahu apa yang perlu dilakukan jika berdepan dengan situasi seperti ini sebab anak saya pun tak pernah ada apa-apa masalah sejak lahir tetapi secara tiba-tiba jadi begini. 
Ibu bapa perlu tahu langkah segera untuk menyedarkan anak semula sebab kalau oksigen lambat sampai ke otak, ia boleh menyebabkan pelbagai implikasi lain. Pesanlah juga kepada pengasuh, kalau nampak anak menangis kuat-kuat sambil meneran itu teruslah pujuk. Jangan dibiarkan menangis lama-lama.
Sekadar peringatan. 

Jika situasi ini terjadi pada anak anda, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan.
  1. Pertama sekali, bertenang – Memang kedengaran senang, tetapi saya tahu tidak mudah untuk dilakukan. Namun, anda patut cuba. Bertenang dan cuba langkah yang seterusnya ini.
  2. Baring dan mengiringkan anak di lantai – Ini dapat membantu mempercepatkan pengaliran darah ke kepala supaya dia lekas sedar. Selalunya, mereka akan mula sedar beberapa minit kemudian.
  3. Lakukan CPR – Jika nafas yang terhenti secara automatik ini berlanjutan melebihi 3 minit, anda patut memulakan proses CPR (untuk kanak-kanak). 



Sumber 'Muka anak tiba-tiba jadi biru gelap seperti kena cekik' - Jangan biarkan anak menangis terlampau lama


Demikianlah Artikel 'Muka anak tiba-tiba jadi biru gelap seperti kena cekik' - Jangan biarkan anak menangis terlampau lama

Sekianlah artikel 'Muka anak tiba-tiba jadi biru gelap seperti kena cekik' - Jangan biarkan anak menangis terlampau lama kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: