BN Sarawak keluar kerana tiada semangat berjuang

BN Sarawak keluar kerana tiada semangat berjuang - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang BN Sarawak keluar kerana tiada semangat berjuang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BN Sarawak keluar kerana tiada semangat berjuang
link : BN Sarawak keluar kerana tiada semangat berjuang

Baca juga


BN Sarawak keluar kerana tiada semangat berjuang

Akibat terlalu ‘dimanja’ dan ditatang bagaikan minyak penuh oleh UMNO selama ini, empat parti di Sarawak yang meninggalkan Barisan Nasional (BN) disebabkan hilang jiwa berjuang dan tiada semangat setiakawan.

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Perseketuan, Datuk Razlan Rafii yang mengecam tindakan itu sambil menyifatkan keempat -empat parti itu sebagai ‘lupa diri’ dan tidak berterima kasih kepada UMNO yang membantu mereka berdepan krisis sokongan sebelum ini

“Dahulu, kalau kawan kita dalam ketandusan sokongan, UMNO lah menjadi sahabat baik membantu mereka.

“Hari ini, UMNO dan parti komponen di dalam kesusahan dan kita melihat, banyak komponen melarikan diri. Inilah sebenarnya dikatakan kacang melupakan kulit dan tiada kesetiaan kepada BN.

“Orang yang tiada jiwa akan melihat kepada harta benda dan kuasa. Mereka tidak layak digelar pejuang kepada rakyat,” katanya seperti yang dilaporkan MalaysiaGazette.

Beliau mengulas tindakan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang mengumumkan keluar daripada BN, semalam.

Pengerusi BN Sarawak yang juga Presiden PBB, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg ketika mengumumkan perkara itu berkata, keempat-empat parti akan mewujudkan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Beliau berkata, GPS akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan namun tidak akan menyertai Pakatan Harapan (PH) dan bergerak secara bebas dengan blok sendiri.

Razlan juga berkata, PRU-14 menunjukkan ‘belang’ sebenar empat parti komponen BN di Sarawak yang hilang rasa tanggungjawab dan kini menuju peperangan sebagai pembangkang.

“Ini lah masalah komponen, apabila UMNO selaku parti terbanyak, menjaga mereka ibarat menantang air yang penuh, manjakan mereka.

“Akhirnya layanan baik UMNO selama ini menyebabkan mereka tidak ada jiwa berjuang dan setiakawan,” katanya.

Kata Razlan lagi, sudah tiba masanya UMNO memberi tumpuan kepada menjadi parti tunggal orang Melayu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang.

“Kita dapatkan sokongan Melayu.. jadi parti tunggal pejuang Melayu…kembali kepada asas sebenar,” katanya lagi.-13/6/2018



Sumber BN Sarawak keluar kerana tiada semangat berjuang


Demikianlah Artikel BN Sarawak keluar kerana tiada semangat berjuang

Sekianlah artikel BN Sarawak keluar kerana tiada semangat berjuang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: