'Mulutnya penuh dengan darah' - Bayi terima 6 jahitan di lelangit kerana tertusuk batang aiskrim

'Mulutnya penuh dengan darah' - Bayi terima 6 jahitan di lelangit kerana tertusuk batang aiskrim - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang 'Mulutnya penuh dengan darah' - Bayi terima 6 jahitan di lelangit kerana tertusuk batang aiskrim, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Mulutnya penuh dengan darah' - Bayi terima 6 jahitan di lelangit kerana tertusuk batang aiskrim
link : 'Mulutnya penuh dengan darah' - Bayi terima 6 jahitan di lelangit kerana tertusuk batang aiskrim

Baca juga


'Mulutnya penuh dengan darah' - Bayi terima 6 jahitan di lelangit kerana tertusuk batang aiskrim


Gara-gara batang aiskrim, bayi ini mengalami kehilangan darah yang banyak dipercayai bahagian dalaman mulutnya tertusuk batang aiskrim tersebut ketika dia bermain dengan abangnya. Pada awalnya, doktor di klinik mengatatakan kecederaan yang dialami itu tidak begitu serius. Malangnya, selepas beberapa jam kemudian, mulut mangsa masih dipenuhi darah. 
Keadaan itu menyebabkan si ibu terpaksa membawa anaknya ke hospital di Kulai sebelum dirujuk kepada doktor pakar di Hospital Sultanah Aminah (HSA). Di situ, mangsa ditahan wad dan dibedah berikutan kecederaannya sudah menjadi hitam dan serius. 
INI adalah pesanan khidmat masyarakat supaya kita ibu bapa penjaga lebih berhati-hati. Ya, kemalangan boleh terjadi bila-bila masa dan pelbagai keadaan termasuklah hanya dengan batang aiskrim biasa.
Umminya yang minta tolong ia disebarkan agar pengalaman ngeri ini tidak berulang pada orang lain. Beliau tak mampu nak taip dalam keadaan sekarang.
Ketika Ummi sedang bersiap untuk mengambil kakak di sekolah, tiba-tiba terdengar anak paling kecil menangis sekuat-kuatnya. Berhampiran dengannya adalah si abang menyorok di balik perabot. Bila Ummi menghampiri baby setahun setengah ini dalam keadaan terlungkup, beliau terkejut mulut penuh darah. Di sisinya ada batang aiskrim yang berdarah. Ummi dongakkan kepala nak lihat dari mana datangnya darah. 
DARI LELANGIT!
Ummi terus bersiap dan pergi klinik berhampiran dengan baby berlumuran darah. Klinik hanya periksa sikit dan beri antibiotik. Ummi balik rumah dan baby tidur, mungkin sebab penat menangis. Nampak keadaan seperti terkawal.
Bila baby bangun dari tidur, buka saja mulut, darah penuh mulut. Ummi terus bersiap nak hantar ke hospital terdekat (Kulai). Bagus doktor di Kulai. Doktor di hospital tersebut periksa dan kata ianya masih terkawal. Sedikit koyak di bahagian lelangit. Kes dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) kerana di sana terdapat pakar. Ummi balik rumah untuk berbuka dengan pesanan doktor, kalau bleeding malam, terus ke HSA.
Nak dijadikan cerita, baru seteguk air Ummi minum, kaki adik dibentes abang. Darah keluar membuak-buak jauh lebih banyak dari keadaan pertama. Ummi drive dan nenek pegang baby. Baju nenek basah dengan darah. Sampai HSA, doktor kata lelangit dah hitam. Kena tahan wad. Esok akan dibedah dan perlu berpuasa.
Esoknya Ummi masuk sekali dewan pembedahan. Lihat baby dibius, dibuka mulut nampak kesan koyakan besar sebenarnya dari tengah sampai hampir tekak. Doktor minta Ummi yang nampak stress, keluar. Bayangkanlah perasaan seorang Ummi. Bila menunggu di luar, tentunya lagi stress. 
Masa berjam rasa berhari-hari lamanya. Selesai pembedahan, doktor terangkan lelangit baby kena 6 jahitan dan daging yang terkeluar telah dimasukkan semula. Doktor sendiri tak sangka batang aiskrim boleh menyebabkan kesan sebegitu ngeri. Dan lelangit yang kena batang aiskrim tersebut bukanlah di bahagian lelangit yang lembut.
Sebulan dari sekarang, baby tidak dibenarkan makan makanan yang keras. Makan bubur sahaja sebab kalau berlaku jangkitan atau luka lagi, perlu lalui proses yang sama lagi.
Semoga kisah ini menjadi panduan buat semua. Terima kasih Ummi yang kuat, kerana sudi kongsi kisah ini. Saya hanya ceritakan semula. Entah bagaimana seorang ummi laluinya. Terima kasih doktor berdedikasi di Kulai dan JB. Semoga Allah balas berganda kebaikan semua. Kisah dilalui oleh adik ipar yang gagah.


Sumber 'Mulutnya penuh dengan darah' - Bayi terima 6 jahitan di lelangit kerana tertusuk batang aiskrim


Demikianlah Artikel 'Mulutnya penuh dengan darah' - Bayi terima 6 jahitan di lelangit kerana tertusuk batang aiskrim

Sekianlah artikel 'Mulutnya penuh dengan darah' - Bayi terima 6 jahitan di lelangit kerana tertusuk batang aiskrim kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: