Masa depan BN kelihatan suram tetapi bukan pengakhir

Masa depan BN kelihatan suram tetapi bukan pengakhir - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Masa depan BN kelihatan suram tetapi bukan pengakhir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Masa depan BN kelihatan suram tetapi bukan pengakhir
link : Masa depan BN kelihatan suram tetapi bukan pengakhir

Baca juga


Masa depan BN kelihatan suram tetapi bukan pengakhir

Barisan Nasional (BN) menerima satu lagi tamparan hebat sejak pilihan raya umum pada 9 Mei apabila empat parti komponen dari Sarawak memutuskan untuk berpisah daripada gabungan itu setelah 45 tahun merasai pahit manis berkesatuan.

Dengan pemergian PBB, PRS, PDP dan SUPP, BN kini secara rasmi dibubarkan di negeri yang pernah dianggap sebagai simpanan tetap gabungan itu.

Perkembangan terkini juga menyaksikan kekuatan BN yang dahulunya gagah bersama 13 anggota kini tinggal empat parti komponen iaitu UMNO, MCA, MIC dan Gerakan manakala MyPPP masih berbelah bagi dan belum memutuskan samada mahu kekal sebagai anggota parti komponen atau berjuang sendirian.

Parti-parti yang berasaskan Sabah iaitu PBS, PBRS dan LDP juga telah keluar daripada gabungan itu manakala UPKO mengalihkan pakatannya daripada BN kepada parti Warisan yang kini memimpin kerajaan negeri.

Daripada 133 kerusi Parlimen sebelum pilihan raya umum ke-14, kepada 79 kerusi pada malam keputusan, BN kini hanya menguasai 57 kerusi di seluruh negara, di mana UMNO di Semenanjung Malaysia memenangi 47 kerusi dan UMNO Sabah dengan tujuh kerusi manakala MIC dan MCA masing-masing memenangi dua dan satu kerusi sahaja.

Kira-kira sebulan lalu , BN layaknya seperti satu kuasa yang tidak terkalahkan, tetapi kini masa depannya kelihatan suram.

Persoalannya sekarang ialah samada parti komponen yang tersisa akan meninggalkan BN dan adakah BN akan dibubarkan keseluruhannya.

Bagi penyelidik bebas Prof Dr Andrew Aeria, beliau percaya kekalahan yang dramatik dalam pilihan raya umum lepas tidak bermakna akhiran bagi BN, jika mereka mengambil langkah segera untuk memperbaharui pakatan yang sedang tenat itu.

Beliau berkata dalam keadaan sekarang MCA, MIC dan Gerakan telah kehilangan kuasa penawaran, dan jika mereka memilih untuk kekal bersama,UMNO akan terus menjadi kuasa penentu dalam mencorak masa depan BN.

Ramai pemimpin di BN merasakan mereka terjejas oleh isu 1MDB. Tetapi saya tidak fikir BN telah sampai jalan penghujung.

Bagi saya, jika mereka benar-benar mahu berubah, anggota parti dan pemimpin parti yang tidak begitu terlibat dalam isu 1MDB harus duduk bersama sekarang bagi membincangkan pembaharuan BN,\" katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kebanyakan ahli BN masih dalam keadaan kebingungan, dan menambah bahawa

keputusan mengenai masa depan BN akan lebih jelas selepas parti-parti komponen mengadakan pemilihan parti masing-masing akhir tahun ini.

Menurut penganalisis politik Prof Dr Awang Azman Awang Pawi, pemimpin BN yang masih ada perlu membincangkan masa depan parti berikutan perubahan dramatik dalam landskap politik selepas PRU14.

Beliau juga berpendapat bahawa BN akan menjalani penjenamaan semula. Tetapi sejauh mana keberkesanan perubahan itu masih belum dapat dipastikan.

Beliau mengingatkan supaya perubahan ini janganlah umpama 'ular sawa bersalin kulit' semata-mata.

"Tidak mustahil BN akan mengalami proses penjenamaan semula termasuk mengubah nama baharu. Tapi semua ini tidak akan berguna kalau budaya politik yang dipratisnya tidak berubah, kalau struktur kepimpinan mereka tidak berubah."

Awang Azman berkata walaupun ada kemungkinan MCA, MIC dan Gerakan akan mengikuti jejak parti-partI di Sarawak, sangat tidak mungkin mereka berbuat demikian.

"Hakikatnya, MCA, MIC dan Gerakan memerlukan UMNO untuk survival mereka kerana kemenangan mereka adalah didorong oleh penyokong Melayu UMNO dan bukan sebaliknya."

"MCA, MIC dan Gerakan juga harus menerima hakikat bahawa mereka telah ditolak pengundi Malaysia," katanya-16/6/2018



Sumber Masa depan BN kelihatan suram tetapi bukan pengakhir


Demikianlah Artikel Masa depan BN kelihatan suram tetapi bukan pengakhir

Sekianlah artikel Masa depan BN kelihatan suram tetapi bukan pengakhir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: