Isu Sarawak…reaksi pimpinan BN

Isu Sarawak…reaksi pimpinan BN - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Isu Sarawak…reaksi pimpinan BN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu Sarawak…reaksi pimpinan BN
link : Isu Sarawak…reaksi pimpinan BN

Baca juga


Isu Sarawak…reaksi pimpinan BN

Setakat ini cuma belum ada kenyataan rasmi dari Datuk Seri Dr Zahid Hamdi selaku Pengerusi BN mengenai langkah empat parti komponen Sarawak yang umum  keluar BN pada Selasa.
 
Beliau kini sedang tunai umrah di Makkah.
 
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Mansor kata BN akan membincangkan nasib gabungan itu apabila Zahid kembali nanti.
 
Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata, UMNO akan menilai situasi politik yang berlaku kini dan melihat sama ada mampu berdiri sendiri atau menubuhkan gabungan lain.
 
Beliau dilapor berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (PDP) meninggalkan BN dengan menubuhkan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
 
"Jika mereka mengambil keputusan begitu, apa lagi yang boleh kita buat, apabila kita jatuh, sebagai sahabat kita perlu bersama tetapi sejak mereka memilih laluan itu (keluar BN), apa lagi boleh kita lakukan,”katanya.
 
Sementara itu Pengerusi Biro Media dan Komunikasi BN, Tan Sri Annuar Musa dalam satu kenyataan berkata BN berlapang dada walaupun berat hati untuk menerima keputusan komponen-komponen di Sarawak membuat keputusan meninggalkan parti itu.
 
Katanya BN amat memahami kedudukan dan pendirian yang diambil oleh parti-parti komponennya di Sarawak untuk membentuk satu gagasan baharu dinamakan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
 
Berikut merupakan kenyataan penuh Annuar:
 
Merujuk kepada perkembangan terbaharu Barisan Nasional (BN) Sarawak hari ini, BN Pusat amat memahami keputusan itu kerana ia sejajar dengan keperluan menangani situasi politik di negeri itu.
 
Justeru, BN Pusat cukup berlapang dada walaupun berat hati untuk menerima keputusan parti-parti politik di negeri itu untuk tidak lagi menganggotai BN yang mencapai kejayaan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 2016. BN menang 72 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.
 
BN Pusat amat memahami kedudukan dan pendirian yang diambil oleh parti-parti komponen BN Sarawak untuk membentuk satu gagasan baharu yang dinamakan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
 
Sesungguhnya bibit-bibit awal kepada cadangan komponen BN Sarawak membuat penjajaran landskap politik baharu pada hari ini sebetulnya adalah dalam pengetahuan kita.
 
BN Pusat percaya keputusan politik yang pragmatik itu dibuat setelah difikirkan dengan mendalam berdasarkan keutamaan kepentingan negeri dan rakyat Sarawak dalam kedudukan situasi politik semasa tanah air.
 
BN Pusat akan terus menjalinkan hubungan yang baik dengan semua parti politik dalam negara lebih-lebih lagi parti-parti yang mendukung prinsip perjuangan yang sama walaupun berada dalam gagasan yang berbeza.
 
BN mengucapkan terima kasih kepada semua pimpinan dan parti komponen BN Sarawak atas segala kerjasama dan kesepakatan sepanjang perjuangan bersama.
 
Ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Sarawak yang selama ini memberikan kepercayaan yang tidak berbelah-bahagi kepada kerajaan BN.
 
BN Pusat mengucapkan selamat maju jaya kepada GPS dalam meneruskan perjuangan demi kepentingan rakyat dan negeri Sarawak. Hubungan baik antara BN dengan parti-parti di bawah GPS selama ini sudah pasti diteruskan agar BN tidak kehilangan rakan yang sangat akrab sebelum ini. 
 
Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dalam kenyataanya menyambut pengumuman empat parti Sarawak itu dengan hati yang terbuka dan mengucapkan selamat maju jaya kepada gagasan baharu yang dikenali sebagai Gabungan Parti Sarawak (GPS).
 
Katanya sekalipun keputusan itu bermakna BN Sarawak yang telah dibina selama lebih setengah abad ini telah berakhir, beliau memahami kenapa rakan-rakan BNdi Sarawak terpaksa mengambil keputusan tersebut.
 
“Keputusan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik (PDP) untuk keluar dari BN juga memberi impak yang besar dalam kita merangka struktur dan rupa bentuk baharu UMNO dan hubungan kita dengan rakan komponen Barisan Nasional di Semenanjung dan Sabah. 
 
”Saya berharap, perbincangan ini akan dibuat berlandaskan senario baharu politik Malaysia di mana kita sedia bekerjasama dengan rakan-rakan di Sarawak walaupun jika mereka tidak kembali menyertai Barisan Nasional secara rasmi di masa hadapan.
 
“Saya juga ingin turut menyeru rakan-rakan dalam UMNO dan komponen parti Barisan Nasional di seluruh negara untuk sama-sama menerima, dan bukan berkecil hati dengan keputusan rakan-rakan kita di Sarawak. 
 
”Hari ini melambangkan permulaan hubungan politik baharu di antara Semenanjung Malaysia dan Sarawak dan ia mesti dibina atas pemahaman dan penghayatan sebenar Perjanjian Malaysia 1963 yang perlu kita terus hormati untuk kebaikan rakyat Malaysia khususnya di Sarawak dan Sabah,”kata Khairy yang juga Pengerusi Pemuda BN.- 12/6/2018
 
 
 


Sumber Isu Sarawak…reaksi pimpinan BN


Demikianlah Artikel Isu Sarawak…reaksi pimpinan BN

Sekianlah artikel Isu Sarawak…reaksi pimpinan BN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: