Apa salah Aiman..Trip terakhir bawa warga Asing sebelum dijumpai maut dengan kesan jerut dalam Grab nya (8Gambar)

Apa salah Aiman..Trip terakhir bawa warga Asing sebelum dijumpai maut dengan kesan jerut dalam Grab nya (8Gambar) - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Apa salah Aiman..Trip terakhir bawa warga Asing sebelum dijumpai maut dengan kesan jerut dalam Grab nya (8Gambar), kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Apa salah Aiman..Trip terakhir bawa warga Asing sebelum dijumpai maut dengan kesan jerut dalam Grab nya (8Gambar)
link : Apa salah Aiman..Trip terakhir bawa warga Asing sebelum dijumpai maut dengan kesan jerut dalam Grab nya (8Gambar)

Baca juga


Apa salah Aiman..Trip terakhir bawa warga Asing sebelum dijumpai maut dengan kesan jerut dalam Grab nya (8Gambar)

Selayang : Aiman Nosri,27, ditemui meninggal dunia dengan tragis dalam Grab nya selepas dilaporkan hilang dan gagal dikesan oleh pihak Grab.

Kehilangan Aiman mengejutkan rakan-rakan Grab nya yang mana penumpang terakhir yang dibawa Aiman menaiki Grab nya adalah warga Asing dipercayai warga Afrika.

Permergian tragis Aiman mengudang pilu dan simpati ramai pihak, dia maut dibunuh kejam dengan kesan jerut selepas Grab nya di jumpai di Taman Selayang Makmur.

Sebelum ini Harian Metro melaporkan pemandu Grab ditemui meninggal dunia dipercayai dibunuh, di dalam kereta miliknya di kawasan parkir Taman Selayang Makmur, Selayang, Gombak, malam tadi.

Dalam kejadian 8.20 malam itu, lelaki berusia 27 dan berasal dari berasal dari Nilai, Negeri Sembilan, dijumpai di tempat duduk belakang kereta Perodua Myvi berkenaan.
Ketika ditemui, lelaki itu dalam keadaan terlingkup dengan bahagian kepala mengenai lantai kenderaan itu, manakala kakinya di atas.





Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Tey Kong Seng berkata, sebelum kejadian, pihaknya dimaklumkan oleh bapa tiri lelaki terbabit untuk membuat pemeriksaan di dalam kereta mangsa.
Beliau berkata, susulan itu, anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) ke lokasi.
"Sebaik tiba, anggota berkenaan menemui mangsa di dalam kenderaan berkenaan.
"Anggota perubatan dari Hospital Selayang yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tey berkata, siasatan awal mendapati tiada kesan kecederaan ketara ditemui pada badan mangsa.
"Bagaimanapun, terdapat kesan melecet pada leher mangsa. Kami tidak menemui sebarang senjata di lokasi kejadian.
"Pemeriksaan lanjut mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) di sepanjang jalan masuk ke lokasi kejadian.
“Malah, tiada saksi yang melihat kejadian berkenaan," katanya yang memaklumkan pemeriksaan turut dibantu oleh Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.
Beliau berkata, pihaknya merampas dua telefon bimbit, kasut, stokin dan baju-T yang ditemui di dalam kereta berkenaan.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Dalam pada itu Adun Lembah Jaya yang merupakan Exco Selangor Haniza Talha turut bersimpati apa yang menimpa Arwah Aiman dan dia berharap pelaku dapat ditahan secepat mungkin.

Apa yang berlaku amat mengudang pilu yang mana Aiman disifatkan seorang insan yang sangat baik dan disenangi ramai di pergi dengan tragis ketika mencari rezeki. Al fatihah.


Sumber Accident Portal


Demikianlah Artikel Apa salah Aiman..Trip terakhir bawa warga Asing sebelum dijumpai maut dengan kesan jerut dalam Grab nya (8Gambar)

Sekianlah artikel Apa salah Aiman..Trip terakhir bawa warga Asing sebelum dijumpai maut dengan kesan jerut dalam Grab nya (8Gambar) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: