Judul : Sekuel 'J Revolusi' Bakal Dihasilkan, Kini Dalam Proses Perancangan
link : Sekuel 'J Revolusi' Bakal Dihasilkan, Kini Dalam Proses Perancangan
Sekuel 'J Revolusi' Bakal Dihasilkan, Kini Dalam Proses Perancangan
Filem J Revolusi yang diterbitkan pada tahun 2017 bakal mempunyai sekuelnya sendiri. Namun, harapan tidak perlu diletakkan terlalu tinggi kerana filem ini masih lagi dalam peringkat perancangan. Sekuel yang dinamakan J Retribusi itu akan menyaksikan kembalinya Zul Ariffin memegang watak Jay Zulkarnain.
Buat masa ini, tidak dapat dipastikan sama ada pelakon-pelakon lain seperti Izara Aishah, Fazura, Iedil Putra dan Azad Jasmin akan kembali.
J Revolusi yang diarahkan oleh Zulkarnain Azhar menyaksikan percubaan pengarah tersebut untuk memberikan sebuah filem aksi yang luar dari kotak filem Malaysia. Filem tersebut berjaya mengutip RM1.4 juta pada tiga hari pertama tayangan dan mengutip RM7 juta keseluruhannya.
Buat masa ini, pelakon utama J Revolusi sibuk dengan beberapa projek filem seperti Sangkar arahan Kabir Bhatia. Sangkar mengisahkan tentang dunia Mix Martial Art. Difilemkan selama 35 hari sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Banting, filem tersebut menelan belanja sebanyak RM2.8 juta.
Demikianlah Artikel Sekuel 'J Revolusi' Bakal Dihasilkan, Kini Dalam Proses Perancangan
Sekianlah artikel Sekuel 'J Revolusi' Bakal Dihasilkan, Kini Dalam Proses Perancangan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.