Judul : Dr Mahathir terus bikin penyokong Anwar suspen…
link : Dr Mahathir terus bikin penyokong Anwar suspen…
Dr Mahathir terus bikin penyokong Anwar suspen…
Dalam politik yang serba mungkin apa yang dikata oleh Tun Dr Mahathir Mohamad di sidang Nikkei di Tokyo pada Isnin sudah tentu mencuri perhatian.
Katanya beliau sedia pegang jawatan Perdana Menteri selagi rakyat mahu.
Katanya beliau sedia pegang jawatan Perdana Menteri selagi rakyat mahu.
Nampaknya cakap bab mungkin terpaksa lanjutkan tempoh pegang jawatan sudah meleret sampai ke luar negara.
Baik cakap di dalam atau luar negara kenyataan itu masih terlalu umum.
Soalnya siapa yang hendak tentukan tempoh ‘selagi rakyat mahu’ itu.
Soalnya siapa yang hendak tentukan tempoh ‘selagi rakyat mahu’ itu.
Lojiknya kalau nak ikut pilihan rakyat maka ia sepatutnya dari tempoh kemenangan Pakatan Harapan PRU14 pada 9 Mei hingga ke PRU15 yakni empat atau lima tahun lagi.
Sebaliknya Dr Mahathir sebelum ini secara terbuka berjanji untuk jadi Perdana Menteri selama dua tahun sahaja dan kemudiannya serah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini sudah tentu boleh bikin suspen kalangan kalangan penyokong tegar PKR.
Bukan rahsia mereka kini dikatakan sedang jenuh membilang hari untuk melihat bos yang sudah dapat pengampunan penuh kes liwatnya segera ‘naik takhta’.
Baru-baru ini Mahathir ada membayangkan bahawa tugas kali keduanya sebagai Perdana Menteri tidak terikat dengan rancangan peralihan dua tahun itu.
Katanya ia mungkin lebih pendek atau lebih panjang.
Katanya ia mungkin lebih pendek atau lebih panjang.
Ini kerana sejarahnya tercatat dengan jelas.Tiga bekas Timbalan Perdana Menteri termasuk Anwar pernah ‘tergelincir’ atas sebab tersendiri semasa pentabiran pusingan pertama Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri itu selama 22 tahun.
Dalam sidang Nikkei itu Dr Mahathir kata beliau kini sudah pun Perdana Menteri tertua di dunia.
Beliau yang sedang dalam lawatan tiga hari ke Jepun kata tidak tahu berapa lama dapat bertahan kerana dalam masa dua tahun akan berusia 95 tahun.
Namun katanya jika rakyat terus mahukan khidmatnya beliau sedia penuhi permintaan itu.
Selain Anwar yang disingkir pada tahun 1998 kerana isu moral dua lagi bekas Timbalan Perdana Menteri yang ‘ tergelincir’ ialah Tun Musa HItam dan Allahyarham Tun Ghafar Baba.
Anwar dalam interbiu dengan akhbar The Star kata beliau tidak akan menetapkan tempoh tertentu buat dirinya untuk menggantikan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Beliau menolak anggapan tempoh menanti itu adalah rapuh.
"Kerapuhan itu akan berlaku hanya jika ada percakaran besar antara saya dan Mahathir, tetapi saya telah menjelakan ini. Nombor satu, dia (Mahathir) adalah perdana menteri, dan nombor dua, saya enggan menetapkan tempoh masa." katanya.
Kata-kata itu nampak macam petanda jelas bahawa Anwar tidak akan menekan Mahathir supaya patuh kepada ikrar bahawa beliau mesti mengundurkan diri dalam masa dua tahun.
Mengikut Anwar bahawa Mahathir mesti diberikan ruang dan masa yang mencukupi untuk menunaikan pembaharuan yang dijanjikan oleh HARAPAN.
Katanya menetapkan garis masa untuk Mahathir hanya akan melemahkan kedudukannya sekarang dan mengurangkan keberkesanannya seperti untuk menangani rasuah dan mendapatkan keyakinan orang ramai.
"Beri dia sokongan yang diperlukan dalam tempoh ini," kata Anwar.
"Saya mesti memberinya ruang untuk mentadbir dengan berkesan dan oleh itu, saya tahu peranan saya.
"Sebab itu saya mengambil peranan yang minimum. Sesetengah pemimpin PKR kini sangat kecewa dengan perkembangan baru-baru ini tetapi saya kata: Beri dia ruang, biarkan dia menguruskan negara'."
Namun politik tetap politik.Selama mana Anwar dan orang-orangnya boleh bersabar masih jadi tandatanya.
Jangan lupa pendokongnya tetap berpegang beliau disingkir pada 1998 kerana didakwa tidak sabar dan mengancam kedudukan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri waktu itu.
Bagi mereka kes liwat cuma rekaan untuk dijadikan alasan untuk tindakan itu.- 11/6/2018
Sumber Dr Mahathir terus bikin penyokong Anwar suspen…
Demikianlah Artikel Dr Mahathir terus bikin penyokong Anwar suspen…
Sekianlah artikel Dr Mahathir terus bikin penyokong Anwar suspen… kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.