Judul : Polis nafi nilai rampasan jam di rumah anak Najib RM80 juta
link : Polis nafi nilai rampasan jam di rumah anak Najib RM80 juta
Polis nafi nilai rampasan jam di rumah anak Najib RM80 juta
Polis menafikan ada mengeluarkan kenyataan berhubung rampasan beberapa jam tangan bernilai RM80 juta seperti yang dilaporkan sebuah akhbar bahasa Cina.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, beliau tidak mengesahkan sebarang nilai rampasan yang dibuat pihaknya dalam siri operasi mencari di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu negara, baru-baru ini.
“Saya tidak mahu komen dan untuk pengetahuan, saya tidak mengeluarkan kenyataan mahupun pengesahan seperti yang dilaporkan akhbar itu,” katanya seperti yang dipetik Sinar Harian.
Laporan yang dikeluarkan pada Selasa oleh akhbar itu dipetik sebagai berkata, sejumlah 433 utas jam tangan dianggarkan bernilai RM80 juta ditemui dalam 37 beg yang dirampas dari kondominium yang dipercayai milik seorang bekas pemimpin negara.
Antara jam paling mahal menurut akhbar itu dipercayai jenama Rolex berharga RM3.5 juta, sementara jenama lain termasuk Patek Philippe dan Richard Mille.
Laporan surat khabar itu turut dipetik berkata, pakar mengambil masa lima hari, bermula 30 Mei lepas untuk selesai mengira enam beg berisi jam tangan tersebut dan menganggarkan kesemuanya mencecah RM80 juta.-16/6/2018
Sumber Polis nafi nilai rampasan jam di rumah anak Najib RM80 juta