Zahid setuju muncul dalam ‘Debat Presiden UMNO’ dari Bagan Datuk

Zahid setuju muncul dalam ‘Debat Presiden UMNO’ dari Bagan Datuk - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Zahid setuju muncul dalam ‘Debat Presiden UMNO’ dari Bagan Datuk, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zahid setuju muncul dalam ‘Debat Presiden UMNO’ dari Bagan Datuk
link : Zahid setuju muncul dalam ‘Debat Presiden UMNO’ dari Bagan Datuk

Baca juga


Zahid setuju muncul dalam ‘Debat Presiden UMNO’ dari Bagan Datuk

‘Debat Presiden UMNO’ pada malam 29 Jun menjelang esoknya pemilihan jawatan utama UMNO dijangka menjadi tumpuan ramai ekoran persetujuan Datuk Seri Zahid Hamidi menyertai Tengku Razaleigh Hamzah dan Khairy Jamaluddin dalam debat itu.
 
Namun Naib Presiden UMNO yang jalankan tugas Presiden akan bersiaran dari Bagan Datuk manakala Tengku Razaleigh dan Khairy di studio Astro Awani di Kuala Lumpur.
 
Ini kerana pada malam berkenaan beliau perlu berada bersama perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk bagi tujuan pemilihan pada keesokan harinya.
 
"Jika ia bukan untuk memecahkan UMNO kepada dua atau tiga, maka saya sanggup untuk bersiaran dari Bagan Datuk kerana saya tidak akan pernah mengetepikan jemaah saya," katanya ketika diwawancara dalam rancangan '100 Hari Malaysia Baharu' di saluran Astro AWANI Jumaat malam.
 
Debat selama sejam itu akan disiarkan pada jam 9.30 malam.
 
Sebelum ini,  bekas Timbalan Perdana Menteri  yang merupakan antara tiga calon presiden UMNO pada 30 Jun ini, menolak cabaran debat itu kerana berpendapat isu dalaman parti tidak perlu dibincangkan secara umum.
 
Mulanya bila ditanya pada wawancara itu samaada setuju atau tidak sertai debat itu beliau berkata ,“Saya nak mengimbau kata-kata Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, bahawa usah ada perdebatan kerana ini soal rumah tangga dan hal ehwal keluarga. Justeru, sepatutnya tidak disajikan di depan halaman atau tepi jalan sambil disaksikan mereka yang lalu lalang.
 
Cabaran debat Presiden UMNO yang mulanya dilontarkan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, pada Selasa lalu, hanya disahut Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin ketika sidang media di Menara Dato’ Onn, dekat Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), keesokan harinya.
 
Dalam wawancara itu Zahid juga berkata beliau tidak akan mengetepikan kedua-dua pencabarnya jika diberi mandat sebagai presiden pada pemilihan UMNO 30 Jun ini.
 
Ahli  Parlimen Bagan Datuk itu berkata pandangan Khairy dan Tengku Razaleigh penting bagi membangkitkan semula roh dan semangat parti itu.
 
"Jika saya diberikan mandat, saya takkan ketepikan calon presiden, dua orang ini akan saya bawa bersama saya, untuk bangkitkan semula roh UMNO itu, untuk menggarap kekuatan bagi menjenamakan UMNO yang baharu," katanya.
 
Beliau turut bertekad mahu menghapuskan budaya politik wang dan 'warlord' yang diakui menjadi budaya dalam parti itu sejak 40 tahun lalu.
 
Mengulas strategi UMNO yang kini menjadi parti pembangkang selepas kekalahan mengejut pada Pilihan Raya Umum ke-14, Ahmad Zahid parti itu perlu segera menukar 'DNA' kerajaan kepada 'DNA' pembangkang dalam setiap pergerakan dan aktiviti mereka.
 
Mengakui ia tidak mudah, beliau berkata: "Masa untuk bersedih, bernostalgia telah berlalu, Insya-Allah UMNO harus bangkit sebagai organisasi politik baharu dengan senario politik yang telah berubah."- 22/6/2018
 
 


Sumber Zahid setuju muncul dalam ‘Debat Presiden UMNO’ dari Bagan Datuk


Demikianlah Artikel Zahid setuju muncul dalam ‘Debat Presiden UMNO’ dari Bagan Datuk

Sekianlah artikel Zahid setuju muncul dalam ‘Debat Presiden UMNO’ dari Bagan Datuk kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: