Judul : Mudah? Setiap hari adalah ujian - Nadal
link : Mudah? Setiap hari adalah ujian - Nadal
Mudah? Setiap hari adalah ujian - Nadal
RAFAEL Nadal menolak cadangan laluannya dalam saingan Terbuka Perancis adalah mudah, menegaskan setiap hari merupakan "ujian besar" buatnya.Juara bertahan itu menempah slot ke suku akhir Roland Garros dengan kemenangan ke atas Maximilian Marterer pada Isnin, meneruskan rentak kemenangan straight-set dalam kejohanan itu tahun ini.
Tetapi Nadal - yang berada dalam landasan untuk menjulang kejuaraan buat kali ke-11, tidak menghirau lawan yang perlu ditentang dalam kejohanan kali ini, selepas diberikan tentangan sengit daripada Marterer.
"Ujian besar saya adalah setiap hari. Ini merupakan ujian yang penting," katanya. "Saya berada dalam suku akhir, ujian terbesar saya adalah pusingan seterusnya."Saya cuba mengharungi perlawanan demi perlawanan. Saya mahu memastikan permainan terbaik dapat ditampilkan.
"Ia adalah sasaran saya dan mengetahui ia mampu dilakukan.
"Setiap hari, anda turun ke gelanggang. Anda mampu menang; anda mungkin tewas.
Wakil kelahiran Sepanyol itu menolak perbincangan mengenai lawannya dalam suku akhir, Diego Schwartzman, Nadal menjangka ia adalah perlawanan yang sukar.
"Schwartzman adalah pemain ke-12 dunia. Ia merupakan perlawanan berdepan seorang pemain terbaik dunia hari ini, saya menjangkakan aksi sengit."
Sumber Mudah? Setiap hari adalah ujian - Nadal