Judul : 'Saya tawar diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO' - Jamal Yunos
link : 'Saya tawar diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO' - Jamal Yunos
'Saya tawar diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO' - Jamal Yunos
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, yang didakwa telah melarikan diri ke Indonesia, menyuarakan hasratnya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO.
Dalam kenyataan Jamal yang dimuat naik di laman Facebook UMNO itu berkata, adalah menjadi hasratnya untuk membina semula 'semangat perjuangan' UMNO yang telah ditolak pengundi.
"Selepas menerima pandangan dan sokongan serta nasihat rakan-rakan seperjuangan, saya Jamal Md Yunos menawarkan diri bertanding sebagai calon untuk jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bagi penggal 2018-2021.
"Tujuan saya menawarkan diri adalah untuk membina kembali semangat perjuangan kepada semua ahli-ahli UMNO seluruh Malaysia terutama kepada pemuda untuk bersama meneruskan perjuangan ini.
"Marilah kita bersama-sama bangkit demi semangat perjuangan suci untuk membantu mendapatkan kembali sokongan dan kepercayaan rakyat," kata Jamal yang kini masih tidak diketahui hilang entah ke mana.
Juga berminat bertanding jawatan itu adalah, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan Naib Ketua Pemuda sekarang Khairul Azwan Harun atau Azwan Bro.
Nama Jamal sudah tidak asing lagi apabila dia seringkali tampil untuk 'menyerang' Kerajaan Negeri Selangor yang di era kepimpinan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali kononnya mahu memperjuangkan nasib rakyat di negeri itu.
Dalam kes terkini, Jamal melarikan diri dari jaminan ketika dia disiasat berhubung dengan dakwaan kesalahan jenayah. Kali terakhir Jamal membuat kemunculan ialah melalui satu klip video yang dirakam dalam kebun kelapa sawit mendakwa ada pihak tertentu yang merancang mahu membalas dendam terhadapnya.
Bagaimanapun dakwaannya itu tidak diendahkan dan polis telah mendapatkan waran tangkap untuk menangkap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu.
Sementara itu, netizen di media sosial meminta Jamal melupakan hasratnya itu berikutan statusnya sebagai individu yang amat dikehendaki oleh polis.
Sumber 'Saya tawar diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO' - Jamal Yunos
Demikianlah Artikel 'Saya tawar diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO' - Jamal Yunos
Sekianlah artikel 'Saya tawar diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO' - Jamal Yunos kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.