PFAM gesa pemain guna khidmat ejen berlesen

PFAM gesa pemain guna khidmat ejen berlesen - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang PFAM gesa pemain guna khidmat ejen berlesen, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PFAM gesa pemain guna khidmat ejen berlesen
link : PFAM gesa pemain guna khidmat ejen berlesen

Baca juga


PFAM gesa pemain guna khidmat ejen berlesen

KUALA LUMPUR: Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) menggesa semua pemain dalam Liga Malaysia (Liga-M) untuk menggunakan khidmat ejen yang berlesen bagi mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari.

Presidennya, Rezal Zambery Yahya berkata PFAM bersikap profesional dalam semua perkara termasuk dalam pemilihan ejen bagi setiap pemain supaya masalah seperti tunggakan gaji, kontrak dan perjalanan karier mereka dalam bola sepak akan terjamin.

"Kami berharap semua pemain bola sepak tempatan yang beraksi di Liga-M yang hendak menandatangani sesuatu kontrak dengan mana-mana persatuan perlulah memastikan ejen berkenaan mempunyai lesen dan berdaftar dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Sepertimana yang kita tahu FAM telah mengeluarkan hanya empat ejen pemain yang berdaftar sahaja dan PFAM sentiasa menyokong usaha yang dilakukan oleh pemain untuk mendapatkan ejen yang berdaftar," katanya.

Rezal berkata demikian pada majlis berbuka puasa dan sumbangan Aidilfitri PFAM dan Marquee Sports Management Sdn Bhd (MSM) dengan kerjasama Asiana dan Kindness bersama penghuni Asrama Darul Falah (ASDAF) di sini pada Sabtu.

Untuk rekod, FAM hanya mengeluarkan lesen kepada tiga ejen tempatan serta satu ejen asing bagi saingan Liga-M.

Sementara itu, berkaitan masalah tunggakan gaji yang dihadapi Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Rezal berkata pihaknya telah menghantar afidavit kepada FAM sejak April lalu.

"Kita masih menunggu panggilan daripada FAM untuk ke Mesyuarat Jawatankuasa Status. Kami memandang serius kes ini serta ia perlu diberi perhatian yang sewajarnya dan hak pemain akan kami perjuangkan sehabis mungkin," katanya.

Sebelum ini media tempatan melaporkan FAP ketiadaan dana untuk membayar tunggakan dua bulan gaji Oktober dan November untuk pemain skuad tahun lalu, sebulan gaji (Disember) kepada semua pemain skuad musim ini dan tunggakan gaji empat bulan membabitkan skuad Piala Presiden dan Belia.

-- BERNAMA



Sumber PFAM gesa pemain guna khidmat ejen berlesen


Demikianlah Artikel PFAM gesa pemain guna khidmat ejen berlesen

Sekianlah artikel PFAM gesa pemain guna khidmat ejen berlesen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: