Mohamed Apandi terima penamatan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara

Mohamed Apandi terima penamatan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Mohamed Apandi terima penamatan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mohamed Apandi terima penamatan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara
link : Mohamed Apandi terima penamatan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara

Baca juga


Mohamed Apandi terima penamatan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara

KUALA LUMPUR: Tan Sri Mohamed Apandi Ali menerima keputusan kerajaan menamatkan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara.

"Apa-apa keputusan pun saya akan terima dengan reda sebagai ketentuan oleh Allah SWT. Alhamdulillah," katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp apabila ditanya mengenai penamatan perkhidmatannya itu pagi ini.

Dalam satu kenyataan bertarikh 4 Jun yang dikeluarkan oleh Istana Negara kepada Bernama awal pagi ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V memperkenankan penamatan perkhidmatan Mohamed Apandi selaku Peguam Negara oleh Kerajaan Malaysia.

Wan Ahmad Dahlan berkata Sultan Muhammad V telah memperkenankan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara menurut Artikel 145 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini telah mencadangkan peguam terkemuka Tommy Thomas sebagai calon Peguam Negara untuk menggantikan Mohamed Apandi, 68, yang diberikan cuti tanpa rekod selama 30 hari sejak 15 Mei, 2018.

BACA: Agong perkenan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara

Pada 14 Mei lepas, Dr Mahathir berkata Mohamed Apandi sudah diarahkan bercuti dan Peguam Cara Negara, Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek mengambil alih tugas beliau berkuat kuasa serta merta.

Mohamed Apandi, anak kelahiran Kelantan dilantik sebagai Peguam Negara pada 27 Julai 2015, menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail yang perkhidmatannya ditamatkan atas faktor kesihatan.

--BERNAMA



Sumber Mohamed Apandi terima penamatan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara


Demikianlah Artikel Mohamed Apandi terima penamatan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara

Sekianlah artikel Mohamed Apandi terima penamatan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: