Judul : Wan Azizah dan Anwar tidak satu kereta ke majlis sama
link : Wan Azizah dan Anwar tidak satu kereta ke majlis sama
Wan Azizah dan Anwar tidak satu kereta ke majlis sama
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat tidak ‘satu kereta’ ke Majlis Iftar Perdana Bersama TPM hari ini di ibu negara.Ia berikutan mereka ke majlis rasmi itu secara berasingan iaitu dengan kenderaan masing-masing.
Wan Azizah menaiki kenderaan rasmi kerajaan.Kedua-dua mereka kemudian bersama-sama menjadi tetamu khas pada majlis berbuka puasa di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam, Kuala Lumpur.
Sebelum ini, isu penggunaan aset rasmi kerajaan mula dibangkitkan netizen di media sosial susulan isu Wan Azizah dan keluarganya didakwa menggunakan pesawat jet milik kerajaan.
Dalam gambar yang tular di media sosial, Wan Azizah dilihat bersama suaminya, Anwar Ibrahim dan dua anak perempuannya, Nurul Hana dan Nurul Iman dalam pesawat tersebut.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mengesahkan kunjungan ke Istana Kelantan merupakan jemputan rasmi untuk mereka sekeluarga.
Sumber Wan Azizah dan Anwar tidak satu kereta ke majlis sama
Demikianlah Artikel Wan Azizah dan Anwar tidak satu kereta ke majlis sama
Sekianlah artikel Wan Azizah dan Anwar tidak satu kereta ke majlis sama kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.