Judul : Trio veteran UMNO diminta isytihar aset masing-masing - Anina
link : Trio veteran UMNO diminta isytihar aset masing-masing - Anina
Trio veteran UMNO diminta isytihar aset masing-masing - Anina
LANGKAWI: Tan Sri Rafizah Aziz, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Dr Rais Yatim diminta untuk mengisytiharkan aset masing-masing selepas dilihat giat membantu kempen Pakatan Harapan (PH) dalamPilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Anina Saadudin berkata, sokongan mereka di dalam PH juga diragui dan dilihat mempunyai kepentingan peribadi.
"Kesemua mereka sepatutnya turut mengisytiharkan harta masing-masing seperti yang dilakukan oleh beberapa pemimpin PH. Ia adalah sangat ironik apabila trio veteran ini hidup senang semasa era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini tiba-tiba tampil kononnya untuk 'menyelamatkan Malaysia'.
"Adakah mereka ini mahu menyelamatkan Malaysia ataupun mahu menyelamatkan diri sendiri?" tegasnya ketika ditemui di sini hari ini.Sebelum ini, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, semua ahli UMNO tahu dan mempunyai pendekatan sekiranya mahu menyalurkan teguran terhadap parti.
Hishammuddin turut percaya tiga veteran UMNO itu hanya diperalat serta dipergunakan pembangkang pada kempen PRU kali ini.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum ini memberitahu, Rafidah dan Daim digugurkan keahlianya daripada UMNO berkuat kuasa Jumaat lepas.
Sementara, Tan Sri Dr Rais Yatim pula masih disiasat berhubung isu sama sebelum tindakan seterusnya diambil.
Anina, yang kini mengetuai NGO Empirical Malaysia, meninggalkan PPBM pada September lalu setelah mendakwa parti itu dipimpin oleh mereka yang tidak dapat menerima kritikan.
Sumber Trio veteran UMNO diminta isytihar aset masing-masing - Anina