Judul : Sterling digesa belajar cara Messi
link : Sterling digesa belajar cara Messi
Sterling digesa belajar cara Messi
RAHEEM Sterling harus melupakan kekecewaannya terhadap lawan dan pengadil sebelum mengikuti contoh yang dipamerkan bintang Barcelona, Lionel Messi.Perkara itu disuarakan pengendali Manchester City, Pep Guardiola, selepas melihat sumbangan Sterling dalam membawa pasukannya menjuarai Piala Liga dan Liga Perdana Inggeris musim ini.
Dalam kemenangan 4-1 ke atas West Ham United minggu lalu, dia mencatatkan tiga bantuan jaringan, sekali gus membolehkannya mengutip 11 bantuan gol serta 18 jaringan musim ini.
Pemain berusia 23 tahun itu dilihat berang dengan keputusan pengadil yang menafikan sepakan penalti untuknya selepas dijatuhkan oleh Aaron Cresswel dalam babak kedua sehingga cuba mendapatkan penjelasan pengadil, Neil Swarbrick, selepas tamat aksi.Guardiola dengan pantas menolak dakwaan bahawa pemain-pemainnya melakukan lakonan di atas padang tetapi dalam masa sama berasa Sterling wajar melihat bagaimana Messi sering menghadapi situasi seperti itu.
“Dia harus mempelajarinya dan menerima realiti,” kata Guardiola ketika bercakap mengenai Sterling menjelang aksi bertemu Huddersfield Town malam ini, di mana City akan dipersembahkan trofi Liga Perdana Inggeris.
“Sudah tentu ramai orang yang menyifatkannya sengaja menjatuhkan diri, bermakna mereka mempercayainya. Bagaimanapun, Sterling agak jujur dalam situasi seperti itu. Dia adalah seorang lelaki yang tidak akan menendang lawan.
“Anda harus menerima dan mengawalnya. Jika seorang individu melakukan kesilapan, terus bangkit dan mara ke depan.
“Saya mempelajarinya daripada pemain terbaik dalam sejarah (Messi) yang tidak pernah merungut di atas padang. Sterling juga harus mengetahui tentangnya. Ia berlaku dan tindakan seterusnya yang paling penting.”
Sumber Sterling digesa belajar cara Messi