Pilihan raya PBT akan dilaksanakan dalam masa tiga tahun lagi

Pilihan raya PBT akan dilaksanakan dalam masa tiga tahun lagi - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Pilihan raya PBT akan dilaksanakan dalam masa tiga tahun lagi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pilihan raya PBT akan dilaksanakan dalam masa tiga tahun lagi
link : Pilihan raya PBT akan dilaksanakan dalam masa tiga tahun lagi

Baca juga


Pilihan raya PBT akan dilaksanakan dalam masa tiga tahun lagi

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menjalankan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun lagi.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, pemilihan PBT itu telah dilaksanakan di beberapa negara lain seperti Indonesia dan Korea Selatan dan ingin memulakannya di Malaysia.

Jelasnya, pemilihan PBT memang perlu untuk sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi, yang mana rakyat juga berhak memilih pentadbiran tempatan masing-masing di samping kerajaan negeri dan pusat.

Bagaimanapun, kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika ini perlu memberi keutamaan kepada usaha menstabilkan ekonomi negara terlebih dahulu.

“Kita kena stabilkan semua dahulu dan tak mahu tambah beban pada ketika ini.

“Kalau kementerian saya boleh kurangkan kos (pengurusan dan lain-lain) dan selepas itu kita adakan satu bajet, kita boleh buat cepat. Kalau tidak kita kena tunggu kerajaan sehingga stabil,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Rumah Transit Pinggiran Bukit Jalil.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ampang itu turut melihat sekiranya mahu dilaksanakan segera, ia boleh dimulakan di negeri-negeri berpendapatan tinggi terlebih dahulu seperti di Selangor dan Pulau Pinang.

Sehubungan itu, beliau berkata, dalam masa enam bulan ini pihaknya akan menjalankan kajian terperinci sebelum melaksanakan pemilihan PBT secara berperingkat.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Zuraida turut memaklumkan bahawa perbincangan berkenaan usaha melonggarkan syarat pinjaman perumahan sudah bermula antara Kementerian Kewangan, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dengan pihak bank.

Beliau yakin akan ada mekanisme yang boleh diguna pakai untuk menyelesaikan masalah ini yang menyulitkan pemilikan rumah oleh rakyat khususnya golongan muda.



Sumber Pilihan raya PBT akan dilaksanakan dalam masa tiga tahun lagi


Demikianlah Artikel Pilihan raya PBT akan dilaksanakan dalam masa tiga tahun lagi

Sekianlah artikel Pilihan raya PBT akan dilaksanakan dalam masa tiga tahun lagi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: