Judul : PDRM beri jaminan proses pilihan raya berjalan lancar
link : PDRM beri jaminan proses pilihan raya berjalan lancar
PDRM beri jaminan proses pilihan raya berjalan lancar
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyeru rakyat Malaysia yang layak mengundi supaya turun beramai-ramai menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi, esok.Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya akan memastikan proses pilihan raya itu akan berjalan lancar dan selamat.
Beliau juga menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan berita-berita palsu yang bertujuan membangkitkan kegelisahan dan rasa takut ekoran spekulasi yang cuba dibentuk oleh pihak tertentu bahawa akan berlaku kacau-bilau yang mampu mengganggu-gugat ketenteraman awam serta keselamatan negara.
"PDRM memberi komitmen yang tinggi dalam memastikan pilihan raya kali ini berjalan dengan aman dan tenteram."Tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang cuba menimbulkan provokasi yang melampau sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Mohamad Fuzi juga menjelaskan pihaknya mendapati penyebaran berita-berita palsu kian memuncak menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan berlangsung, esok.
"Selain mengandungi berita-berita palsu yang berbaur fitnah dan hasutan, terdapat juga berita yang cuba membentuk persepsi akan berlakunya kacau-bilau dan ketidaktenteraman awam jika pihak tertentu menang dalam pilihan raya nanti," katanya lagi.
Tegas beliau, PDRM ingin mengulangi jaminan bahawa situasi keselamatan negara adalah kekal terkawal dan selamat.
Sumber PDRM beri jaminan proses pilihan raya berjalan lancar