Pantang kita melawak kematian orang — Ti Lian Ker

Pantang kita melawak kematian orang — Ti Lian Ker - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Pantang kita melawak kematian orang — Ti Lian Ker, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pantang kita melawak kematian orang — Ti Lian Ker
link : Pantang kita melawak kematian orang — Ti Lian Ker

Baca juga


Pantang kita melawak kematian orang — Ti Lian Ker

7 MEI — MCA kesal tindakan Nga Kor Ming yang menjustifikasikan bahasa “biadapnya” dengan mempergunakan masyarakat Cina sebagai justifikasinya, atau untuk mewajarkan kebiadapannya.

Rakyat yang menggutuk “kurang ajarnya” tersinggung dengan permohonan maaf beliau yang tidak ikhlas. Pemimpin DAP ini bukan sahaja tidak ikhlas, tetapi juga cuba mewajarkan perlakuannya dengan mndakwa bahawa masyarakat Cina menerima, malah menyokong, kebiadapannya.

Beliau yang dicadangkan untuk menjawat kedudukan menteri dalam kabinet Pakatan Harapan seharusnya menghormati persoalan hidup mati dalam agama Islam.

Beliau semakin biadap dan kurang ajar dalam ceramah-ceramah kempennya dan mempersendakan isu hidup mati seorang Islam adalah kurang sensitif. Dengan mengatakan orang Cina terima cara biadapnya adalah tidak benar dan memberi gambaran yang salah terhadap masyarakat Cina.

Secara keseluruhannya, masyarakat Cina adalah satu komuniti yang baik dan saling hormat-menghormati isu hidup mati seseorang itu. Isu ini adalah “taboo” dan mereka tidak menerima kenyataan Nga yang bersikap biadap terhadap orang tua.

Bercakap mengenai kematian seseorang adalah “taboo” dan pantang — apatah lagi apabila ia melibatkan calon perdana menteri yang disokong oleh DAP kononnya.

Cara Nga mempersendakan Tun Dr Mahathir Mohamad dan menyentuh tentang ajalnya atau mengenai kematian seseorang warga tua adalah tidak elok dan melampaui batas. Ia seakan-akan satu sumpahan.

Ini bukanlah adat, cara dan budaya masyarakat Cina yang menghormati isu hidup mati seseorang. Lawak biadap Nga mengenai kematian Tun Mahathir adalah tidak patut.

DAP dan Nga disaran supaya jangan memberi imej yang salah mengenai kaum Cina melalui alasan dan percubaan untuk mewajarkan tindakan mereka dengan mengatakan masyarakat Cina merestui.

Jika Nga mahu membuat lawak, beliau tidak sepatutnya menggunakan Tun Mahathir atau mendiang Lee Kuan Yew berjudi atau bermain mah-jong di akhirat kerana judi adalah haram dalam Islam.

Nga biadap dan menghina apabila mengaku bahawa DAP cuma memperkudakan Tun Mahathir untuk PRU14 ini semata-mata. Jika beliau masih terdesak membuat lawak sebegini, buatlah dengan menggunakan nama sendiri ataupun nama DAP.

Jangan sekali-kali mengheret masyarakat Cina bersama ke dalam kancah masalah yang dibuat sendiri dengan mendakwa masyarakat Cina menerimanya. Untuk membayangkan bahawa kaum Cina menyokong kebiadapannya adalah satu fitnah dan gambaran yang salah.

Mungkin ia adalah adat DAP untuk bersikap biadap dan tidak sopan, dan penyokong-penyokong DAP mungkin mengalu-alukan lawak teruk Nga, tetapi tolonglah jangan libatkan atau kaitkan cara biadapnya dengan masyarakat Cina.

Hubungan kaum Cina dengan Melayu semakin merosot dan tegang disebabkan angkara perbuatan DAP seperti Nga dan Hew Kuan Yau, atau nama panggilannya Superman.

Saya menggesa mereka untuk berhenti merosakkan lagi persahabatan dan silaturrahim yang baik hasil daripada sumbangan dan tolak ansur MCA dan BN untuk memupuk ketenteraman dan keharmonian kaum yang dibina selama beberapa dekad sejak kemerdekaan negara.

DAP dan Nga gagal menunjukkan hormat kepada seorang pemimpin Melayu lebih-lebih lagi kepada mantan perdana menteri. Kenyataan Nga amatlah tidak sensitif dan mungkin menimbulkan salah sangka atau buruk sangka kepada kaum Melayu.

Pasangan ayah dan anak Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sepatutnya menegur Nga dan bukannya mencadangkan beliau sebagai seorang menteri jika Pakatan Harapan membentuk kerajaan baharu. Amatlah janggal sekiranya inilah jenis pemimpin yang DAP cadangkan untuk menjawat kedudukan menteri.

* Datuk Seri Ti Lian Ker seorang jurucakap publisiti MCA

** Tulisan ini pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendapat Malay Mail.



Sumber Pantang kita melawak kematian orang — Ti Lian Ker


Demikianlah Artikel Pantang kita melawak kematian orang — Ti Lian Ker

Sekianlah artikel Pantang kita melawak kematian orang — Ti Lian Ker kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: