Judul : Neymar akan pastikan Piala Dunia jadi miliknya
link : Neymar akan pastikan Piala Dunia jadi miliknya
Neymar akan pastikan Piala Dunia jadi miliknya

Penyerang utama Paris Saint-Germain (PSG) itu kini dalam proses untuk kembali beraksi selepas menjalani proses membaik pulih kakinya yang cedera, sejak Februari lepas.
“Piala Dunia merupakan kejohanan terbesar di dunia. Saya hanya mahu bermain dan menjadi juara. Piala itu akan menjadi kepunyaan saya,” kata beliau ketika ditemubual media tempatan, Desimpedidos.
“Dalam permainan bola sepak, perkara utama yang memberi inspirasi kepada saya ialah ketika menikmati segala-galanya di atas padang,” jelas beliau lagi.Beliau menambah, kini sedang menjalani latihan ringan dan keadaannya juga semakin bertambah baik.
“Saya sedikit gementar (mengenai kecederaan itu), tetapi perlahan-lahan saya akan bangkit,” kata penyerang berusia 26 tahun ini.
Brazil diundi di dalam Kumpulan E bersama Switzerland, Costa Rica, dan Serbia yang dijadualkan akan memulakan perlawanan pertama pada 17 Jun akan datang.
Neymar bersama pasukannya pasti dahagakan kemenangan kali ini selepas mereka kecewa akibat kalah kepada Jerman 7-1 pada separuh akhir Piala Dunia 2014 di Brazil.
Beliau dijangka akan kembali pada 3 Jun depan apabila Brazil mengadakan perlawanan persahabatan menentang Croatia di Anfield, England.
Sumber Neymar akan pastikan Piala Dunia jadi miliknya