Limkokwing rancang buka kampus di Uganda, Namibia

Limkokwing rancang buka kampus di Uganda, Namibia - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Limkokwing rancang buka kampus di Uganda, Namibia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Limkokwing rancang buka kampus di Uganda, Namibia
link : Limkokwing rancang buka kampus di Uganda, Namibia

Baca juga


Limkokwing rancang buka kampus di Uganda, Namibia

CYBERJAYA: Limkokwing University of Creative Technology merancang membuka kampusnya di Uganda dan Namibia menjelang akhir tahun ini, sekali gus menjadikan enam universitinya dibuka di benua Afrika, kata Naib Presiden Kanannya Datuk Raja Aznil Raja Hashim.

"Ini merupakan rancangan berterusan kami bagi mengubah landskap pendidikan tinggi dan membantu memenuhi permintaan tinggi terhadap siswazah dalam bidang kreativiti dan inovasi, terutama teknologi digital," katanya.

Beliau berkata setakat ini, Limkokwing membuka kampusnya di Botswana, Lesotho, Swaziland dan Sierra Leone di benua Afrika, di samping mempunyai 13 kampus di Malaysia, United Kingdom (London), China (Beijing), Kemboja dan Indonesia.

"Kami juga sedang berbincang untuk membuka kampus di Mesir. Belum ada sebarang kata putus, tetapi menunggu masa sahaja.

"Model pendidikan Limkokwing mencetuskan perbualan baharu tentang usaha mengeratkan hubungan dan merapatkan jurang bagi mewujudkan akses kepada pendidikan tinggi bertaraf dunia," katanya pada sidang akhbar bagi mengumumkan pemberian biasiswa di sini, hari ini.

Turut hadir, naib presiden (pembangunan jenama, kreativiti dan bakat) Datuk Tiffanee Marie Lim dan Datuk Dania A. Wahab serta naib presiden perhubungan korporat Datuk Fajura Juffa Mohd Mustafa Kamal.

Dalam perkembangan berasingan, Raja Aznil berkata, pada tahun ini, universiti itu menawarkan 500 biasiswa penuh dan separa biasiswa bernilai RM30 juta kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan daripada golongan kurang berkemampuan serta terpinggir untuk meneruskan pengajian di peringkat diploma dan ijazah serta pengajian berasaskan kemahiran.

"Kami akan beri biasiswa kepada pelajar yang patut menerimanya daripada kumpulan 40 peratus ke bawah bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran di universiti untuk meraih ijazah pilihan masing-masing di Limkokwing University, yang bertaraf dunia.

"Biasiswa yang kami beri bertujuan membantu mereka yang bukan sahaja kurang berkemampuan dari segi kewangan, tetapi juga yang memerlukan sokongan kerana memiliki bakat luar biasa dalam bidang seperti kreativiti dan sukan," katanya.

Raja Aznil berkata setakat ini, Limkokwing Foundation for Creativity and Innovation telah memberi sokongan kepada beribu-ribu pelajar baharu dengan menyediakan biasiswa dan dermasiswa bernilai lebih RM200 juta setiap tahun, terutama di seluruh Asia dan Afrika.

Katanya, di Malaysia, yayasan itu memberi sumbangan bernilai RM10 juta setahun, manakala di Afrika, ia menyediakan 50 peratus subsidi bagi bayaran tuisyen.

-- BERNAMA



Sumber Limkokwing rancang buka kampus di Uganda, Namibia


Demikianlah Artikel Limkokwing rancang buka kampus di Uganda, Namibia

Sekianlah artikel Limkokwing rancang buka kampus di Uganda, Namibia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: