'Jaga maruah Najib Razak sekeluarga' - Wong Chen, Khalid Samad senada

'Jaga maruah Najib Razak sekeluarga' - Wong Chen, Khalid Samad senada - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang 'Jaga maruah Najib Razak sekeluarga' - Wong Chen, Khalid Samad senada, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Jaga maruah Najib Razak sekeluarga' - Wong Chen, Khalid Samad senada
link : 'Jaga maruah Najib Razak sekeluarga' - Wong Chen, Khalid Samad senada

Baca juga


'Jaga maruah Najib Razak sekeluarga' - Wong Chen, Khalid Samad senada

KUALA LUMPUR: Maruah bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor seharusnya dijaga dalam proses pendakwaan dan pembongkaran kes yang disyaki terlibat dengannya. 

Ahli Parlimen Subang, Wong Chen berkata sumbangan besar ayahanda Najib, Tun Abdul Razak Hussein sebagai bekas perdana menteri perlu diambil kira.

"Kita mesti membuat pendakwaan sepenuhnya mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tetapi tidak sepatutnya memalukan mereka dalam proses berkenaan.

"Proses yang sepatutnya serta piawaian perundangan yang tinggi mesti dilaksanakan.

"Dalam semangat menyambut Ramadan, kita wajar memberikan kemaafan tetapi jangan lupa untuk mempertahankan keadilan," katanya di Facebook.

Selain itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad turut bersetuju dengan kenyataan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Katanya, beliau juga pernah menjadi mangsa tahanan polis pada pukul 2.30 pagi.


"Saya sangat bersetuju dengan Nurul Izzah dalam isu ini. Siasatan harus dilakukan tetapi tidak perlu memalukan atau melampaui batas hak mereka dan sebagainya.

"Selepas selesai dakwaan, dakwa. Tiada sebab untuk siasat sehingga 4 pagi. Saya pernah ditahan pukul 2.30 pagi," katanya di Twitter peribadinya hari ini.

Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR menerusi Twitter menzahirkan kekesalan berhubung tindakan polis menggeledah kediaman Najib lewat malam tadi.

Beliau berkata sebagai bekas mangsa serbuan yang berlaku pada dinihari suatu ketika dahulu, beliau membantah tindakan PDRM menjalankan operasi di kediaman milik figura politik itu pada waktu sebegitu.



Sumber 'Jaga maruah Najib Razak sekeluarga' - Wong Chen, Khalid Samad senada


Demikianlah Artikel 'Jaga maruah Najib Razak sekeluarga' - Wong Chen, Khalid Samad senada

Sekianlah artikel 'Jaga maruah Najib Razak sekeluarga' - Wong Chen, Khalid Samad senada kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: