Fattah minta maaf, aksi mesra kerana lama tak jumpa Fazura

Fattah minta maaf, aksi mesra kerana lama tak jumpa Fazura - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Fattah minta maaf, aksi mesra kerana lama tak jumpa Fazura, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Fattah minta maaf, aksi mesra kerana lama tak jumpa Fazura
link : Fattah minta maaf, aksi mesra kerana lama tak jumpa Fazura

Baca juga


Fattah minta maaf, aksi mesra kerana lama tak jumpa Fazura

PELAKON sensasi, Fattah Amin menjelaskan dia tidak menyedari aksi romantisnya bersama isteri, Nur Fazura dirakam oleh seorang kenalan mereka yang dimuat naik ke laman sosial menyebabkan mereka dikritik hebat netizen.

Jelas Fattah, tuduhan mereka tidak menghormati bulan Ramadan kerana beraksi mesra adalah di luar kawalannya namun dia meminta maaf jika ia menyinggung perasaan mana-mana pihak.

"Sebenarnya saya dan Fazura memang tak perasan aksi kami dirakam oleh seorang kenalan sebelum dia memuat naik ke laman sosial.

"Apabila perkara itu tular dan kami dituduh tidak menghormati bulan Ramadan ia sebenarnya di luar kawalan saya.

"Perkara pun sudah terjadi dan di kesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada peminat dan sesiapa yang tersinggung dengan video berkenaan dan berharap ia tidak akan berulang lagi," katanya.

Fattah ditemui pada majlis berbuka puas bersama Fattah Amin anjuran tilam jenama King Koil yang diadakan pada Jumaat lalu.

Menjelaskan situasi sebenar, Fattah berkata, dia sudah beberapa hari tidak bertemu isterinya itu kerana masing-masing sibuk dengan komitmen sebagai selebriti.

Kata Fattah, mereka bertemu di sebuah restoran untuk berbuka puasa dan dia teruja bertemu isterinya itu kerana rindu.

"Saya dan Fazura dah lama tak jumpa jadi apabila kami bertemu di tempat awam kami teruja.

"Sebagai suami-isteri, salam cium tangan itu biasa dan saya pun ada mencium dahinya dan memeluk isteri saya untuk menghilangkan rasa rindu," jelasnya.

Sementara itu, Fattah berkata, insiden itu akan diambil sebagai pengajaran dan akan lebih berhati-hati selepas ini.

"Apabila ada rakan-rakan memuat naik video kami ia bukan bererti mereka berniat tidak baik tetapi selepas ini saya akan minta mereka berhati-hati.

"Sekurang-kurangnya bertanya terlebih dahulu tentang video yang ingin dimuat naik agar tidak timbul lagi salah faham seperti ini," jelasnya.



Sumber Fattah minta maaf, aksi mesra kerana lama tak jumpa Fazura


Demikianlah Artikel Fattah minta maaf, aksi mesra kerana lama tak jumpa Fazura

Sekianlah artikel Fattah minta maaf, aksi mesra kerana lama tak jumpa Fazura kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: