Judul : Beyonce Dan Despacito Pecah Rekod Baru! Bantu YouTube Capai Jumlah Tertinggi Setakat Ini.
link : Beyonce Dan Despacito Pecah Rekod Baru! Bantu YouTube Capai Jumlah Tertinggi Setakat Ini.
Beyonce Dan Despacito Pecah Rekod Baru! Bantu YouTube Capai Jumlah Tertinggi Setakat Ini.
Berjaya cetus fenomena dalam kategori video dan live streaming. (Gambar: YouTube/Beyonce)
Tahun lalu YouTube mempunyai sebanyak 1.5 bilion pengguna berdaftar di bawah platform media sosial itu. Jumlah berkenaan agak ketinggalan di belakang Facebook yang berjaya memperoleh sebanyak 2 bilion pengguna aktif.
PENINGKATAN HINGGA 300 JUTA PENGGUNA
Namun, tahun ini jumlah pengguna yang berdaftar di bawah YouTube telah pun meningkat sebanyak 300 juta menjadikan jumlah keseluruhan dicapai tahun ini adalah banyak 1.8 bilion!
Perlu dinyatakan di sini, jumlah berkenaan tidak termasuk individu yang menggunakan YouTube tanpa mengaktifkan akaun.
Menurut Pegawai Eksekutifnya Susan Wojciki, jika diambil kiraan yang tidak mempunyai akaun ini, tidak mustahil jumlah pengguna aktif mampu mencapai 2 bilion!
Jelasnya, peningkatan jumlah ini juga menjadikan YouTube lebih peka dengan kandungan dimuat naik pengguna.
Buktinya mereka telah pun mengambil 10,000 ‘moderator’ yang akan memantau setiap video dimuat naik. Tahun lalu saja 8.3 juta video telah dikeluarkan daripada YouTube.
DUA SELEBRITI INI PECAH REKOD JUMLAH TONTONAN PALING BANYAK
Disebalik kontroversi membabitkan kandungan, YouTube turut berkongsi pencapaian mereka baru-baru ini.
Antaranya, konsert Coachella 2018 oleh Beyonce telah memecah rekod 41 juta penonton dalam kategori 'livestream’ manakala muzik video Despacito yang telah melepasi 5 bilion view.
Jumlah ini sekali gus mengekalkan YouTube sebagai medium tontonan video paling berkuasa ketika ini.
Sumber Beyonce Dan Despacito Pecah Rekod Baru! Bantu YouTube Capai Jumlah Tertinggi Setakat Ini.