Tidak masuk akal idea mansuh biasiswa pelajar minoriti - MCA

Tidak masuk akal idea mansuh biasiswa pelajar minoriti - MCA - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Tidak masuk akal idea mansuh biasiswa pelajar minoriti - MCA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tidak masuk akal idea mansuh biasiswa pelajar minoriti - MCA
link : Tidak masuk akal idea mansuh biasiswa pelajar minoriti - MCA

Baca juga


Tidak masuk akal idea mansuh biasiswa pelajar minoriti - MCA

KAMPAR: MCA hari ini mengutuk sekeras-kerasnya cadangan memansuhkan biasiswa kepada pelajar dari kaum minoriti di negara ini seperti dikemukakan bekas timbalan ketua pengarah pendidikan Datuk Abdul Raof Husin.

Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai menyifatkan cadangan itu sebagai tidak masuk akal sama sekali untuk diterima.

Katanya, MCA berpendirian, tidak sepatutnya mana-mana pelajar dianaktirikan oleh kerajaan dalam mendapatkan jaminan pembiayaan biasiswa sepertimana yang diterima selama ini.

“Kita kena pastikan bahawa pendidikan itu mempunyai tempat yang tinggi dalam negara kita.

"Mana-mana pihak yang hendak memecah-belahkan pendidikan dan juga cuba nak gunakan isu pendidikan untuk memecah-belahkan rakyat, kita kecam habis-habisan.

"Dan kita mengutuk apa jua taktik yang digunakan,” katanya sambil menambah, cadangan itu jika dilaksanakan boleh merosakan keharmonian yang dikecapi sekarang.

Bercakap kepada pemberita pada majlis makan tengah hari bersama badan bukan kerajaan (NGO) di sini, Liow berkata, sebagai seorang bekas guru, Abdul Raof tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan tersebut.

Baru-baru ini, Abdul Raof dilaporkan telah memberi cadangan kepada kerajaan untuk menamatkan biasiswa persekutuan bagi pelajar minoriti di negara ini.



Sumber Tidak masuk akal idea mansuh biasiswa pelajar minoriti - MCA


Demikianlah Artikel Tidak masuk akal idea mansuh biasiswa pelajar minoriti - MCA

Sekianlah artikel Tidak masuk akal idea mansuh biasiswa pelajar minoriti - MCA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :