Kerana cemburu, suami pukul isteri hingga mati

Kerana cemburu, suami pukul isteri hingga mati - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Kerana cemburu, suami pukul isteri hingga mati, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerana cemburu, suami pukul isteri hingga mati
link : Kerana cemburu, suami pukul isteri hingga mati

Baca juga


Kerana cemburu, suami pukul isteri hingga mati

TAIPING: Gara-gara cemburu, seorang suami dipercayai memukul isterinya sehingga mati dalam kejadian di Matang, dekat sini pada pagi Jumaat lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superitendan Razlam Ab Hamid berkata, pihaknya mendapat maklumat awal mengenai kes tersebut apabila suami mangsa datang ke Balai Polis Kuala Sepetang untuk mengaku bahawa dia telah memukul isterinya dan mendatangkan kecederaan.

Beliau berkata, pihaknya kemudian telah menangkap suami mangsa ketika membuat laporan awal dengan kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

“Lelaki yang bekerja sebagai buruh dan berumur 40 tahun itu membuat laporan bahawa dia telah memukul isterinya sehingga cedera, sebelum isterinya tidak sedarkan diri dan dihantar ke Hospital Taiping dengan menggunakan ambulans.

“Insiden itu dipercayai berpunca akibat daripada suami wanita tersebut mengesyaki hubungan rapat isterinya dengan lelaki lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh pada hari sama berikutan disyaki mempunyai pendarahan dalam otak.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun sekitar jam 9.30 malam semalam (Sabtu) dan bedah siasat kes pada pagi Ahad mendapati punca kematian adalah kecederaan kepala,” katanya lagi.

Razlam berkata, suami mangsa direman selama tiga hari sehingga 15 Januari ini.

Katanya, polis akan memohon lanjutan reman yang berakhir esok bagi membantu siasatan yang mana diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Isteri mangsa yang berusia 38 tahun merupakan seorang surirumah dan meninggalkan empat orang anak berumur antara lima hingga 15 tahun.



Sumber Kerana cemburu, suami pukul isteri hingga mati


Demikianlah Artikel Kerana cemburu, suami pukul isteri hingga mati

Sekianlah artikel Kerana cemburu, suami pukul isteri hingga mati kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :