Judul : Suami hilang ingatan, wanita zikir, ajar Fatihah
link : Suami hilang ingatan, wanita zikir, ajar Fatihah
Suami hilang ingatan, wanita zikir, ajar Fatihah
Siti Rahayu berkata belanja lampin pakai buang dan susu khas suaminya mencecah RM1,500, selain kos ambulans ke HUSM Kubang Kerian setiap bulan RM450. ― Paparan skrin GoogleKUALA LUMPUR, 27 Jan — Seorang wanita terus berikhtiar termasuk berzikir dan menunjukkan foto perkahwinan demi memulihkan ingatan suaminya Muhamad Ridhwan Mohd Zaki.
Siti Rahayu Ibrahim, 28, sejak lapan bulan lalu, tidak jemu-jemu meransang ingatan suaminya, yang hilang akibat kemalangan jalan raya, Mei lalu, lapor Harian Metro.
Antaranya dia bertanyakan kepada suami, 27, mengenai namanya, dua anaknya, tarikh mereka berkahwin, selain mengajarnya berzikir dan membaca al-Fatihah.
“Hanya Allah saja tahu perasaan saya apabila suami tidak ingat siapa saya,” kata ibu beranak dua, masing-masing berusia setahun dan enam bulan.
“Tetapi saya positifkan diri cuba memulihkan ingatannya dengan menunjukkan kad nikah, gambar perkahwinan dan kami anak beranak serta mengimbau beberapa kenangan.”
Malah, anak sulung mereka pula sentiasa di sisi ayahnya setiap hari untuk berborak dan memberi rangsangan supaya ayahnya sembuh, walaupun suami tidak menjawab.
Kisah keperitan yang ditanggung Siti Rahayu sering diluah dan dicoretkan termasuk kerap memuatnaik status dan video dalam Facebook miliknya.
Hati Siti Rahayu semakin remuk apabila doktor mengesahkan, berdasarkan kes seperti suaminya, Muhammad Ridhwan, boleh bertahan antara 10 hingga 15 tahun lagi.
“Niat saya untuk meluahkan apa yang terbuku sebab tiada siapa bersama saya kerana keluarga duduk berjauhan,” katanya, yang berharap suaminya akan membaca coretan jika sembuh.
Mengulas perbelanjaan harian, Siti Rahayu berkata sejak suaminya terlantar, beliau berniaga atas talian dengan keuntungan RM500 hingga RM600 sebulan.
Antaranya menjual tudung, pakaian, kasut, barangan kecantikan dan produk minuman kesihatan untuk menampung perbelanjaan bulanan sekeluarga.
“Walaupun tidak banyak keuntungan kerana pembelian bermusim, dapat menambah pendapatan menampung perbelanjaan bulanan kami,” katanya.
Siti turut menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, RM350, dan bantuan perubatan setahun Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) bernilai RM200.
Katanya, belanja lampin pakai buang dan susu khas mencecah RM1,500. Kos ambulans ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian setiap bulan RM450.
Sumber Suami hilang ingatan, wanita zikir, ajar Fatihah