Mukhriz ‘malu’ tapi hidup mewah, kata Johari

Mukhriz ‘malu’ tapi hidup mewah, kata Johari - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Mukhriz ‘malu’ tapi hidup mewah, kata Johari, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mukhriz ‘malu’ tapi hidup mewah, kata Johari
link : Mukhriz ‘malu’ tapi hidup mewah, kata Johari

Baca juga


Mukhriz ‘malu’ tapi hidup mewah, kata Johari

Mukhriz mendakwa malu mengaku dirinya berasal dari Malaysia kononnya negara ini bermasalah dan mempunyai imej yang teruk. — Foto oleh Saw Siow FengMukhriz mendakwa malu mengaku dirinya berasal dari Malaysia kononnya negara ini bermasalah dan mempunyai imej yang teruk. — Foto oleh Saw Siow FengJITRA, 27 Jan — Anggota Parlimen Kubang Pasu Datuk Seri Mohd Johari Baharum menyifatkan tindakan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang malu mengaku dirinya rakyat Malaysia apabila berada di luar negara menunjukkan beliau tidak mempunyai semangat patriotisme dan tidak layak diangkat sebagai pemimpin. 

Beliau berkata tindakan timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan bekas menteri besar Kedah itu juga menunjukkan beliau sebenarnya tidak menghargai nikmat keamanan negara yang susah payah diperjuangkan pemimpin dan generasi terdahulu.

“Beliau sebaliknya hanya mementingkan agenda untuk meluaskan kuasa politik. Mukhriz tak faham tentang susah senang kerana dia hidup dalam kemewahan (sebab bapanya dulunya wakil rakyat Kubang Pasu dan perdana menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Dia (Mukhriz) tidak tahu perjuangan sebab itu anak dia semua mengaji (belajar) di luar negara bukan di Malaysia, jadi macam mana nak ada semangat kenegerian (dan kenegaraan),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Gelombang Askar Wataniah (GAW) Zon Utara di sini, hari ini. 

Beliau mengulas laporan akhbar yang memetik kenyataan Mukhriz yang mendakwa malu mengaku dirinya berasal dari Malaysia sewaktu berada di luar negara kerana kononnya negara ini sebagai bermasalah dan mempunyai imej yang teruk. 

Mohd Johari yang juga timbalan menteri pertahanan berkata tiada sebabnya untuk seseorang itu malu mengaku sebagai rakyat Malaysia, sebaliknya patut berasa bangga kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang disegani di mata dunia.

“Saya baru balik daripada menghadiri satu mesyuarat di Bali, Indonesia yang turut dihadiri beberapa pemimpin negara Asean lain, mereka melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang hebat malah mereka kagum dengan kebolehan kita tangani masalah terorisme di negara kita. 

“Sebab itu terorisme tidak boleh bertapak di negara kita dan anggota (keselamatan)  kita cekap tangani masalah ini, di rantau ini kita dapat tangani  masalah ini dengan baik, jadi nak kata malu itu memang tak adalah,” katanya. 

Sehubungan itu beliau meminta  orang ramai terutamanya golongan muda agar tidak melunturkan semangat patriotisme yang ada dalam diri masing-masing.

“Malaysia ini bukan dibangun oleh seorang perdana menteri sahaja, kita jangan lupa peranan Tunku Abdul Rahman Putra (perdana menteri pertama) yang menyatupadukan rakyat berbilang kaum, peranan Tun Abdul Razak Hussein (perdana menteri  kedua) yang membasmi kemiskinan melalui Dasar Ekonomi Baru.

“Dr Mahathir ini hanya naik (jadi perdana menteri) ketika negara sudah  berada dalam keadaan stabil… iaitu ketika asas-asas sebuah negara sudah dibangunkan oleh perdana menteri terdahulu,” katanya yang pernah menjadi setiausaha politik  kepada Dr Mahathir. — Bernama



Sumber Mukhriz ‘malu’ tapi hidup mewah, kata Johari


Demikianlah Artikel Mukhriz ‘malu’ tapi hidup mewah, kata Johari

Sekianlah artikel Mukhriz ‘malu’ tapi hidup mewah, kata Johari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.