Najib dakwa 1MDB disabotaj, mahu guling kerajaan

Najib dakwa 1MDB disabotaj, mahu guling kerajaan - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Najib dakwa 1MDB disabotaj, mahu guling kerajaan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib dakwa 1MDB disabotaj, mahu guling kerajaan
link : Najib dakwa 1MDB disabotaj, mahu guling kerajaan

Baca juga


Najib dakwa 1MDB disabotaj, mahu guling kerajaan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengetuai delegasi Malaysia dalam pertemuan bilateral dengan Presiden Donald Trump di Rumah Putih. ― Foto BernamaPerdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengetuai delegasi Malaysia dalam pertemuan bilateral dengan Presiden Donald Trump di Rumah Putih. ― Foto BernamaWASHINGTON, 13 Sept ― Datuk Seri Najib Razak pada Selasa memberitahu komuniti perniagaan Amerika Syarikat (AS) bahawa terdapat kempen untuk sengaja mensabotaj 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan melemahkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi Malaysia.        

Berucap pada Majlis Perniagaan AS-Asean dan Majlis Makan Malam Perdagangan AS di St Regis Hotel, Perdana Menteri berkata tindakan itu merupakan sebahagian daripada percubaan yang gagal untuk menggulingkan kerajaan sementara menunggu kitaran pilihan raya.

“Saya tahu bahawa sebahagian daripada anda mendengar beberapa cerita yang kurang positif tentang ekonomi Malaysia, terutama mengenai 1MDB.        

“Bagaimanapun, saya harus mengingatkan anda bahawa walaupun ada masalah, beberapa ahli politik pembangkang di negara kami memperbesar-besarkannya,” kata Najib.        

Perdana Menteri berkata daripada menutup isu itu, kerajaan sebaliknya mengarahkan siasatan dijalankan ke ats syarikat itu pada tahap yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara sebelum ini.

Najib berkata beliau mengarahkan supaya syarikat itu dirasionalisasikan apabila nampak jelas syarikat itu gagal.        

“Ini berjalan lancar dan banyak aset yang dahulunya dimiliki oleh 1MDB kini berkembang maju,” katanya.        

Najib sebelum ini mengadakan perbincangan dengan Presiden Donald Trump di White House dalam lawatan kerja tiga harinya ke Amerika Syarikat.        

Beliau menggesa komuniti perniagaan supaya tidak membiarkan suara politik pembangkang  mengenai perkara itu mengaburkan realiti sebenar.        

Perdana Menteri turut memetik ahli ekonomi Dr Bruce Gale sebagai berkata bahawa ekonomi Malaysia terus berkembang pada kadar yang jauh melebihi purata antarabangsa.

“Mungkin saya wajar memberitahu anda bahawa Dr Gale ialah pengarang buku baharu bertajuk Economic Reform In Malaysia: The Contribution Of Najibnomics.        

“Namun, saya tidak menaja buku itu, saya jamin dan saya sendiri tidak tahu sesuatu yang dipanggil Najibnomics!,” katanya sambil menambah bahawa kemajuan besar telah dibuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini di Malaysia.

“Bagi yang ada di sini dan tidak kenal Malaysia dengan baik: datang dan pasti terkejut. Datang dan lihat firma berteknologi tinggi yang telah berpindah ke negara kami, dan syarikat yang dibangunkan sendiri dalam negara yang kami amat banggakan.

“Datang dan lihat infrastruktur dan rangkaian pengangkutan awam baharu yang kami sedang bangunkan di Malaysia,” katanya.         

Terdahulu, Perdana Menteri menyaksikan majlis Memorandum Persefahaman antara Malaysia Airlines dan Boeing Aircraft Corporation untuk pembelian pesawat dan penubuhan kemudahan Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih di Sepang, berjumlah US$3.9 bilion (RM16.3 bilion). ― Bernama



Sumber Najib dakwa 1MDB disabotaj, mahu guling kerajaan


Demikianlah Artikel Najib dakwa 1MDB disabotaj, mahu guling kerajaan

Sekianlah artikel Najib dakwa 1MDB disabotaj, mahu guling kerajaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :