Judul : Bajet RM600,000, Zahid minta SPRM siasat dewan sekolah
link : Bajet RM600,000, Zahid minta SPRM siasat dewan sekolah
Bajet RM600,000, Zahid minta SPRM siasat dewan sekolah
Dewan Terbuka SMK Hutan Melintang yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi 27 Januari 2018. — Foto BernamaBAGAN DATUK, 27 Jan — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diarah menyiasat ekoran wujud “kekurangan” pembinaan Dewan Terbuka SMK Hutan Melintang.
Datuk Seri Zahid Hamidi berkata beliau “tidak berpuas hati” dengan spesifikasi pembinaannya berbanding kos RM600,000 dari Jabatan Perdana Menteri, lapor Berita Harian.
Selaku wakil rakyat di situ, timbalan perdana menteri mengarah semua ahli parlimen, Adun BN, agensi pelaksana negeri dan persekutuan memantau projek dilaksanakan.
“Jangan main-main dengan saya. Walaupun saya duduk di atas tetapi saya tetap berpijak di bumi Bagan Datuk. Saya tidak boleh terima, rakyat Bagan Datuk tidak boleh terima.
“Siapa agensi pelaksana, kontraktor jangan main-main. Kalau RM600,000 mesti RM600,000 nilainya, Jangan tuntut RM600,000 tetapi nilai sebenar ialah RM300,000.
“Saya tidak puas hati RM600,000 macam ini dewannya. Saya nak SPRM siasat kenapa jadi macam ini.
“Kalau ada penyelewengan ambil tindakan kepada kontraktor, perunding dan JD (jurutera daerah) jika terbukti ada kesalahan,” katanya ketika berucap merasmikan dewan berkenaan di sini, hari ini.
Sumber Bajet RM600,000, Zahid minta SPRM siasat dewan sekolah