Judul : Dr M tempuh jalan berliku jadi PM lagi, kata Ku Li
link : Dr M tempuh jalan berliku jadi PM lagi, kata Ku Li
Dr M tempuh jalan berliku jadi PM lagi, kata Ku Li
Tengku Razaleigh berkata gabungan pembangkang akan memilih calon parti yang memenangi banyak kerusi sebagai perdana menteri. — Foto oleh Miera ZulyanaSHAH ALAM, 27 Jan — Laluan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjadi perdana menteri kali kedua “penuh berliku” sekalipun Pakatan Harapan menang pilihan raya umum ke-14.
Tengku Razaleigh Hamzah berkata gabungan pembangkang di peringkat persekutuan akan memilih calon parti yang memenangi banyak kerusi sebagai perdana menteri.
“Terlalu banyak halangan untuk beliau... bukan sahaja untuknya tetapi sesiapa saja yang merebut jawatan itu,” kata anggota parlimen Gua Musang dalam sidang media.
Bekas pencabar Dr Mahathir berusia 91 tahun itu turut skeptikal terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertanding banyak kerusi Parlimen untuk memenuhi kelayakan itu.
“Mereka mungkin boleh bersetuju siapa perdana menteri sementara dalam majlis untuk mendapatkan sokongan rakyat... tetapi mereka empat parti,” kata beliau
“Jika partinya menang kebanyakan kerusi. mungkin mereka ada peluang untuk mendominasi beliau. Tapi jika mereka menang satu atau dua kerusi? Mereka macam tak disokong.”
Dr Mahathir adalah perdana menteri keempat sejak 1981 hingga 2003. Jawatan beliau sebagai presiden Umno dan perdana menteri pernah dicabar Ku Li pada pemilihan parti 1987.
Baca seterusnya di Malay Mail
Sumber Dr M tempuh jalan berliku jadi PM lagi, kata Ku Li