Zahid: Bukit Aman siasat aduan RCI urus niaga BNM

Zahid: Bukit Aman siasat aduan RCI urus niaga BNM - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Zahid: Bukit Aman siasat aduan RCI urus niaga BNM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zahid: Bukit Aman siasat aduan RCI urus niaga BNM
link : Zahid: Bukit Aman siasat aduan RCI urus niaga BNM

Baca juga


Zahid: Bukit Aman siasat aduan RCI urus niaga BNM

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan aduan RCI berhubung kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) disiasat Bukit Aman. — Foto Bernama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan aduan RCI berhubung kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) disiasat Bukit Aman. — Foto Bernama PUTRAJAYA, 1 Dis — Timbalan perdana menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan berhubung kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada sekitar 1990-an.

Ahmad Zahid, yang juga menteri dalam negeri, berkata satu laporan polis telah dibuat oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) semalam berdasarkan syor dan rumusan RCI kemungkinan berlaku pecah amanah dan penipuan dalam kes berkenaan.

“RCI mengenai Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing BNM biarpun tiada kuasa perundangan tetapi dapatan kajian mengesyorkan agar siasatan mengikut perundangan harus dilakukan.

“Mereka (RCI) cadang beberapa personaliti yang dilaporkan di RCI supaya dilakukan siasatan mengikut undang-undang kanun jenayah atau undang-undang berkaitannya,” katanya pada satu media selepas merasmikan Karnival Planet Ummah Masjid Utama 2017 di Dataran Putra, di sini hari ini.

Ditanya sama ada ketiga-tiga individu yang dinamakan dalam laporan tersebut akan dipanggil untuk memberi keterangan, beliau berkata : “Sebagaimana dinyatakan ketua polis negara”.

Hari ini, ketua polis negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata satu pasukan khas yang diketuai pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Amar Singh Ishar Singh ditubuhkan semalam untuk menyiasat kes tersebut dari semua sudut.

Fuzi dilaporkan berkata individu berkenaan akan dipanggil sekiranya perlu.

RCI, yang diketuai bekas ketua setiausaha negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan membentangkan laporan 524 muka surat itu di Parlimen semalam.

Dalam laporon itu, RCI percaya bahawa perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad merelakan tindakan menteri kewangan ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengakibatkan bank pusat mengalami kerugian berjumlah RM31.5 bilion antara tahun 1992 hingga 1994.

Suruhanjaya itu juga berpandangan menteri kewangan ketika itu sengaja menyembunyikan fakta dan maklumat serta membuat kenyataan mengelirukan kepada jemaah menteri berhubung perkara itu.

Susulan itu, setiausaha RCI mengenai Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing BNM pada 1990-an, Datuk Dr Yusof Ismail membuat laporan polis berdasarkan syor dan rumusan RCI di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, semalam. — Bernama



Sumber Zahid: Bukit Aman siasat aduan RCI urus niaga BNM


Demikianlah Artikel Zahid: Bukit Aman siasat aduan RCI urus niaga BNM

Sekianlah artikel Zahid: Bukit Aman siasat aduan RCI urus niaga BNM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: