194 lokasi runtuhan tanah 'tarikan' baharu Bukit Bendera

194 lokasi runtuhan tanah 'tarikan' baharu Bukit Bendera - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang 194 lokasi runtuhan tanah 'tarikan' baharu Bukit Bendera, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 194 lokasi runtuhan tanah 'tarikan' baharu Bukit Bendera
link : 194 lokasi runtuhan tanah 'tarikan' baharu Bukit Bendera

Baca juga


194 lokasi runtuhan tanah 'tarikan' baharu Bukit Bendera

GEORGETOWN: Pembukaan semula Bukit Bendera mulai hari ini, mengundang reaksi kurang selesa dalam kalangan orang ramai berikutan kesan runtuhan di tanah tinggi itu yang belum dibaiki sepenuhnya.

Ia susulan tiada penghadang diletakkan pada kebanyakan lokasi tanah runtuh yang terletak berhampiran laluan pendakian dan pejalan kaki, sekali gus mencetuskan risiko kepada pengunjung.

Tinjauan BH mendapati, kebanyakan kesan runtuhan tanah yang hampir dengan laluan pendakian dan pejalan kaki, hanya dilitupi kanvas dan tiada tanda amaran diletakkan di kawasan terbabit.

Rata-rata pengunjung Bukit Bendera, khuatir dengan aspek keselamatan, selain ada yang menyatakan kurang selesa dengan pemandangan apabila ia kini 'dicemari' dengan kanvas menutupi kesan runtuhan tanah.

Pengunjung, Fauzi Elias, 48, berkata pengunjung terpaksa lebih berhati-hati ketika melalui beberapa kawasan tanah runtuh yang dilitupi kanvas kerana khuatir kejadian yang tidak diingini.

"Keadaan di Bukit Bendera ini tidak menentu. Kita tidak tahu bahaya apa yang akan menimpa kerana ia masih dalam tempoh pembaikan dan penyelenggaraan.

"Sepatutnya mereka perlu letak penghadang di lokasi tanah runtuh kerana kita tak boleh jangka apa yang akan berlaku dan ia mungkin akan mencederakan pengunjung," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Reaksi hampir sama turut dibangkitkan Nordia Mohd Amin, 46, yang terkejut dengan keadaan semasa runtuhan tanah di beberapa kawasan pejalan kaki di Bukit Bendera.

"Saya tidak tahu Bukit Bendera sebelum ini ditutup kerana berlaku kejadian tanah runtuh di kebanyakan kawasan di sini. Bagaimanapun, kita sekeluarga terpaksa naik juga kerana sudah sampai.

"Saya berharap tiada apa-apa perkara tidak diingini berlaku sepanjang kunjungan ini kerana khuatir apabila tapak runtuhan tanah hanya ditutupi kanvas dan tidak dihadang atau tiada papan tanda amaran diletakkan berhampirannya," katanya.

Bukit Bendera ditutup kepada pengunjung selepas diklasifikasikan sebagai Zon Merah, ekoran kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang, pada 5 November lalu.

Penutupan itu bagi membolehkan kerja baik pulih dan pembersihan landasan funikular, laluan jip, pendakian dan jalan utama ke Bukti Bendera dilakukan.

Sementara itu, Pengurus Besar Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP), Cheok Lay Leng, ketika berucap di majlis pembukaan semula Bukit Bendera, mengakui kerja pemulihan masih di peringkat permulaan.

"PBBPP akan bekerja keras dengan agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri untuk memastikan pemulihan dapat dilaksanakan dalam masa singkat," katanya.

Di majlis sama, Ketua Menteri, Lim Guan Eng, mengakui Bukit Bendera terjejas teruk dengan 194 kejadian tanah runtuh di seluruh kawasan bukit, termasuk landasan funikular dan laluan jip dari Taman Botani yang tidak dapat dilalui sepenuhnya.

"4 November adalah tarikh tak dapat dilupakan. Kita menghadapi badai teruk akibat hujan lebat dalam sejarah, dengan taburan 1.5 bulan dalam hanya 15 jam serta angin kencang sehingga 40 batu sejam (mph).

"Bukit Bendera yang terletak 800 meter dari paras laut terjejas teruk akibat bencana seakan taufan. Pemulihan funikular dan landasan turut mengalami kesukaran dan terpaksa dilakukan secara manual kerana tidak boleh diakses oleh kenderaan dan jentera," katanya.

Yang turut hadir, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Datuk Maimunah Mohd Sharif dan Pengarah Jabatan Perhutanan negeri, Rusli Tahir.



Sumber 194 lokasi runtuhan tanah 'tarikan' baharu Bukit Bendera


Demikianlah Artikel 194 lokasi runtuhan tanah 'tarikan' baharu Bukit Bendera

Sekianlah artikel 194 lokasi runtuhan tanah 'tarikan' baharu Bukit Bendera kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: