Kereta api kembali operasi, jom ke Bukit Bendera

Kereta api kembali operasi, jom ke Bukit Bendera - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Kereta api kembali operasi, jom ke Bukit Bendera, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kereta api kembali operasi, jom ke Bukit Bendera
link : Kereta api kembali operasi, jom ke Bukit Bendera

Baca juga


Kereta api kembali operasi, jom ke Bukit Bendera

Bukit Bendera dibuka semula hari ini selepas ditutup dua bulan akibat ribut yang melanda negeri itu pada November. ― Foto oleh KE OoiBukit Bendera dibuka semula hari ini selepas ditutup dua bulan akibat ribut yang melanda negeri itu pada November. ― Foto oleh KE OoiGEORGE TOWN, 30 Dis ― Perkhidmatan kereta api kabel atau funikular Bukit Bendera yang ditutup selama sebulan, kembali beroperasi hari ini selepas kerja-kerja pembersihan kawasan tersebut selesai dilaksanakan.

Pengurus Besar Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang  (PBBPP) Cheok Lay Leng berkata pengoperasian funikular terpaksa dihentikan  sementara waktu bermula 5 November lalu setelah kawasan berkenaan diklasifikasikan sebagai ‘zon merah’ akibat kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang.

Proses pembersihan dan pemulihan dilaksanakan oleh PBBPP dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan sukarelawan, katanya kepada pemberita selepas perasmian pengoperasian semula perkhidmatan itu yang dilakukan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng, di sini hari ini.

“Terima kasih juga diucapkan kepada agensi persekutuan, agensi kerajaan negeri, sukarelawan, persatuan penduduk Bukit Bendera serta kakitangan PBBPP yang telah bekerja keras bagi memastikan perkhidmatan funikular dapat beroperasi semula untuk membolehkan pengunjung kembali menikmati keindahan di puncak Bukit Bendera,” katanya.

Bagaimanapun Cheok berkata kerja-kerja pemulihan Bukit Bendera masih belum siap sepenuhnya dan kawasan yang mengalami kerosakan termasuk tanah runtuh mesti dibaik pulih.

“PBBPP akan bekerja keras bersama-sama agensi persekutuan dan agensi kerajaan negeri  untuk memastikan kerja-kerja tersebut dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat bagi mengembalikan kegemilangan dan menjadikan Bukit Bendera  sebagai destinasi pelancongan utama Pulau Pinang dan Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Lim yang menzahirkan penghargaan kepada semua pihak terlibat dalam kerja-kerja pembersihan tersebut turut berterima kasih  kepada masyarakat atas kesabaran dan pemahaman yang ditunjukkan.  

Perkhidmatan kereta api kabel Bukit Bendera ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pemulihan dan pembaikan akibat keadaan cuaca ekstrem bulan  lepas. 

Sebanyak 194 kejadian tanah runtuh berlaku di Bukit Bendera yang menyebabkan perkhidmatan itu tergendala dan menghalang bukan sahaja akses ke kediaman tetapi juga laluan jip dan jalan utama ke bukit itu.

Hari ini, orang ramai mula memenuhi ruang stesen kereta api itu seawal 7 pagi tadi untuk tidak melepaskan peluang menikmati keindahan Bukit Bendera. ― Bernama



Sumber Kereta api kembali operasi, jom ke Bukit Bendera


Demikianlah Artikel Kereta api kembali operasi, jom ke Bukit Bendera

Sekianlah artikel Kereta api kembali operasi, jom ke Bukit Bendera kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: