Judul : Kau Sambut Tahun Hijriah Atau Masehi?
link : Kau Sambut Tahun Hijriah Atau Masehi?
Kau Sambut Tahun Hijriah Atau Masehi?
Terlalu ramai fascist agamawi di media sosial sekarang. Yang suka menilik perkara-perkara kecil dengan mikroskop berkuasa tinggi. Sampai inti kuih pau pun nampak seperti rembesan sperma beruk.
Lalu dengan bangga mengagung-agungkan perspektif ekstrim itu untuk mengindoktrinasi seluruh dunia sejagat. Sambil menyangka (dengan tahap perasan mengalahkan cipan yang lupa dirinya binatang): bahawa konon dia sedang berjihad dengan kebenaran yang paling kudus.
Serius. Kadang-kadang saya rasa macam mau lembing pipi manusia keji ini dengan batang paip berkarat yang dipungut dari kilang besi buruk. Sengaja pilih pipi dan bukan dada, supaya orang itu menderita sakit berhari-hari sebelum mati.
Sebagai contoh fascist agamawi: masih ada yang mengigau-igau bahawa Tahun Masehi itu kafirun totok, dan Tahun Hijriah itu sangatlah mulia Islami. Kemudian saling merendah-rendahkan sesama sendiri; yang akhirnya membawa sengketa yang tidak perlu.
Ok, mari saya tolong sedarkan kalian dari fantasi gila ini. Supaya tiada yang terus bebal mahu mencetuskan adu-domba sesama ummah. Atau sengaja jerumuskan manusia lain kepada pembaziran tenaga mental untuk membahaskan hal-hal kosmetik.
Jangan salah faham. Sebenarnya, kalau ada yang lebih suka guna kalendar Hijriah sebagai titik sambutan tahun baru, itu tiada masalah. Yang salahnya, bila secara terbuka mengindoktrinasi anutan peribadi itu sebagai paling Islamik. Kemudian mencerca pilihan orang lain.
Faham tidak isunya di sini? Bukan soal apa pilihannya: Hijriah atau Masehi. Mana-mana pun ok. Tapi tentang sikap suka menghakimi kecenderungan orang lain, dalam keadaan dia sendiri tidak faham apa yang dihakiminya.
Dari segi historia rohani, Tahun Masehi menggunakan kelahiran Nabi Isa sebagai mercu rujukan. Tahun Hijriah pula berpasak pada peristiwa penghijrahan Nabi Mohammad dari Mekah ke Madinah.
Kedua-dua nabi ini dimuliakan oleh Allah dalam Al-Quran, dan wajib diimani oleh semua penganut Islam. Motifnya di sini? Tiada kurang atau lebihnya nilai Islami antara kedua-dua sistem kalendar tersebut. Jika gigih sangat mau menyukatnya dengan pengukur spiritual pun.
Namun begitu, bukan kegagalan menghayati nilai historia agama ini yang menjadikan sentimen golongan fascist agamawi itu bangang tak dapat ditolong. Tetapi sebab ketidakfahaman mereka pada konteks sains di sebalik dua sistem pentarikhan tersebut. Hingga mereka gagal mencerap timbangtara kelebihan dan manfaat kedua-duanya.
Baik kalendar Hijriah (al-qamariah: berasaskan bulan) mahupun Masehi (as-syamsiah: berasaskan matahari), kedua-duanya ada manfaat praktikal yang tersendiri dari segi sains.
Kalendar Hijriah berasaskan pusingan bulan mengelilingi bumi. Jadi kalendar ini memberi kita kedudukan relatif bulan setiap hari. Amat berguna untuk memahami jadual pasang-surut air laut. Dalam konteks aktiviti tani tradisional (komuniti Dusun misalnya), ia juga membantu mengenal hari paling sesuai menyemai benih.
Kalendar Masehi pula berasaskan pusingan bumi mengorbit matahari. Jadi pentarikhan mengikut sistem as-syamsiah ini memberi kita jarak relatif bumi dari matahari. Ia penting untuk mengenal pertukaran empat musim di kedua-dua hemisfera utara dan selatan bumi; serta memahami transisi monsun di kawasan khatulistiwa dan tropika. Pengetahuan ini sangat berguna untuk pelayaran.
So, what exactly my point here?
Saya mau tunjukkan pada para facist agamawi ini bahawa dalam dua-dua kalendar tersebut, tersemai rahmat tuhan yang telah digali sebagai ilmu oleh manusia. Jadi, mari kita semua manfaatkan ia. Don’t get busy-body judging each other.
Kalau ada yang tiba-tiba berhujah pula: TAPI kalendar Gregorian itu diasaskan oleh orang Barat yang tidak beriman kepada yang maha esa! Bah, mari sini saya terajang kontol kamu sampai pecah. So what? Kalau ilmu itu ditemui atau dikembangkan oleh penganut Kristian atau Yahudi atau Hindu atau Buddha: kita umat Islam tak boleh manfaatkannya?
Ilmu wajib dipelajari dan dipraktik dalam hidup. Tidak kira siapa yang mengolahnya, asalkan ia membawa kebaikan dan tidak menyanggah akidah. Empayar Islam yang pernah megah suatu ketika dulu pun telah membina kegemilangan tamadun ilmunya dengan menggali warisan yang ditinggalkan oleh Greek dan Yunani (dalam pelbagai bidang termasuk astronomi, matematik, etc).
Mengambil semangat sempena tahun baru, mari kita bebaskan diri daripada ketaksuban gampang yang sia-sia. Agama itu untuk memudahkan hidup; bukan mahu menyusahkan.
Antara ‘Insya Allah’ dan ‘In Sha Allah’ pun kadang-kadang boleh bergaduh. Macam anjing kaki salak yang tiada kerja lain. Kalau kamu suka versi pertama, sila guna. Kalau suka versi kedua, pun tiada masalah. Ini hanya ejaan. Yang penting fonetik dan makhrajnya munasabah.
Kalau gigih sangat mau yang tepat, gunalah ejaan asal dalam Bahasa Arab. Bila telah dirumikan, tentu ia akan mengikut tradisi pengucapan sesuatu bangsa. Kita orang Malaysia ada cara sendiri menulisnya. Zakir Naik orang Hindi, juga ada cara sendiri. Tak perlu mau homogenkan satu alam buana.
Salahkah dari segi akidah kalau saya mau tulis ‘Insya Allah’ sebab saya sudah terbiasa menulis begitu bertahun-tahun?
Meminjam kata-kata seorang pemimpin muda negara: “Tak payah bajet suci sangat.” Perkara yang mudah jangan disusah-susahkan.
Masih ada banyak kebejatan dan cabaran yang lebih penting untuk kita tangani di dunia ini. Get your priority right. Barulah minda kita minda yang terbilang. Gitu.
Selamat menyambut Tahun Baharu Masehi,
Sumber Kau Sambut Tahun Hijriah Atau Masehi?