Banjir, jemaah naik bot ke masjid untuk solat Jumaat

Banjir, jemaah naik bot ke masjid untuk solat Jumaat - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Banjir, jemaah naik bot ke masjid untuk solat Jumaat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Banjir, jemaah naik bot ke masjid untuk solat Jumaat
link : Banjir, jemaah naik bot ke masjid untuk solat Jumaat

Baca juga


Banjir, jemaah naik bot ke masjid untuk solat Jumaat

Jemaah mukim Simpangan di Tumpat, Kelantan menaiki bot untuk menunaikan solat Jumaat, 1 Disember 2017. — Foto ihsan Facebook/Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul NaimJemaah mukim Simpangan di Tumpat, Kelantan menaiki bot untuk menunaikan solat Jumaat, 1 Disember 2017. — Foto ihsan Facebook/Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul NaimTUMPAT,1 Dis — Banjir bukan penghalang bagi penduduk di Mukim Simpangan di sini untuk mengerjakan solat Jumaat meskipun air menenggelami perkarangan bangunan masjid sedalam kira-kira satu meter.

Dianggarkan seramai 60 jemaah dari sekitar kawasan berkenaan hadir menunaikan solat Jumaat hari ini menaiki bot yang disediakan  Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan selain mendayung sampan dan menaiki bot enjin galah.

Imam masjid berkenaan, Ismail Awang Mat, 67, berkata pemandangan jemaah menaiki bot ataupun perahu untuk datang menunaikan solat Jumaat di masjid itu adalah perkara biasa setiap kali banjir melanda kawasan tersebut sejak 11 tahun lepas.

“Walaupun di sekeliling masjid ini air banjir bagaikan lautan, tetapi Alhamdulillah masjid ini tidak dimasuki air, hanya perkarangan masjid digenangi air sedalam satu meter,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Turut hadir menunaikan solat Jumaat bersama penduduk ialah anggota Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor Mat Razi Mat Ail dan pengarah JBPM Kelantan Nazili Mahmood.

Sementara itu, Mat Razi berkata Masjid Mukim Simpangan sering menjadi tumpuan penduduk di kawasan tersebut untuk menunaikan solat Jumaat kerana ia merupakan satu-satunya rumah ibadat bagi orang Islam yang tidak dinaiki air ketika banjir.

Mat Razi yang mewakili penduduk di kawasan tersebut turut mengucapkan terima kasih kepada JBPM Kelantan kerana menyediakan bot bagi kemudahan penduduk untuk menunaikan solat Jumaat hari ini.

Beliau turut menasihatkan penduduk yang terjejas dengan banjir agar segera berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Dalam pada itu, Nazili berkata JBPM Kelantan mengambil inisiatif menempatkan lima bot penyelamat di sekitar kawasan Pengkalan Kubor bagi membantu mangsa dan kesempatan berkenaan  digunakan bagi membantu penduduk di kawasan sekitar menunaikan solat di masjid. — Bernama



Sumber Banjir, jemaah naik bot ke masjid untuk solat Jumaat


Demikianlah Artikel Banjir, jemaah naik bot ke masjid untuk solat Jumaat

Sekianlah artikel Banjir, jemaah naik bot ke masjid untuk solat Jumaat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: