Gua Niah didiami manusia, 45,000 tahun lalu

Gua Niah didiami manusia, 45,000 tahun lalu - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Gua Niah didiami manusia, 45,000 tahun lalu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gua Niah didiami manusia, 45,000 tahun lalu
link : Gua Niah didiami manusia, 45,000 tahun lalu

Baca juga


Gua Niah didiami manusia, 45,000 tahun lalu

MIRI: Sarawak sekali bakal menjadi tumpuan dunia berikutan penemuan pelbagai bahan arkeologi berkaitan pembentukan tamadun manusia terawal dunia di wilayah utara negeri ini.

Ia berikutan penemuan artifak bersejarah yang boleh membuktikan Gua Niah, di sini pernah didiami manusia antara tempoh 40,000 hingga 45,000 tahun lalu.

Penemuan itu dilakukan pakar arkeologi dari University New South Wales, Profesor Madya Dr Darren Curnoe bersama kumpulannya ketika melakukan penyelidikan di gua berkenaan, baru-baru ini.

Ia turut disertai Timbalan Pengarah Muzium Sarawak, Dr Charles Leh dan Ketua Bahagian Arkeologi Muzium Sarawak, Mohd Sherman Sauffi.

Curnoe ketika dihubungi hari ini memaklumkan jika penemuan itu berjaya dibuktikan secara saintifik, ia mampu mengatasi kejayaan Bapa Arkeologi Sarawak, Tom Harrison menemui 'Deep Skull' yang berusia 35,000 tahun pada 1958.

"Kita melakukan penggalian sedalam dua meter selama tiga minggu di sekitar gua berkenaan sebelum menemui beberapa artifak berkaitan pembentukan sejarah tamadun manusia di lokasi yang belum diteroka dalam gua berkenaan.

"Antara artifak ditemui ialah tulang manusia, bangkai mamalia gergasi (kemungkinan rusa dan lembu liar) dan cengkerang tiram laut yang membuktikan wujudnya budaya makan makanan laut pada zaman itu.

"Turut ditemui peralatan memburu dan memasak daripada batu dan batu karang," katanya.

Penemuan Harrisson direkodkan pada 1958, dengan tempoh penggalian berlangsung selama 13 tahun, bermula pada 1954, lebih 100 tahun selepas fakta berkenaan dinyatakan oleh Alfred Russel Wallace dalam jurnalnya pada 1855.

Sementara itu, Sherman berkata, Muzium Sarawak sedang menjalankan ujian lanjut bagi mengesahkan penemuan saintifik berkenaan.

"Jika ujian ini berjaya dan terbukti kesahihannya, ia satu penemuan bersejarah yang pasti mencuri tumpuan dunia.

"Ini pasti menjadi dorongan kepada kumpulan penyelidik untuk melakukan penggalian dan penyelidikan susulan pada masa depan di lokasi berkenaan," katanya.



Sumber Gua Niah didiami manusia, 45,000 tahun lalu


Demikianlah Artikel Gua Niah didiami manusia, 45,000 tahun lalu

Sekianlah artikel Gua Niah didiami manusia, 45,000 tahun lalu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: