PBBPP rugi RM5 juta susulan kereta api kabel Bukit Bendera ditutup - Guan Eng

PBBPP rugi RM5 juta susulan kereta api kabel Bukit Bendera ditutup - Guan Eng - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang PBBPP rugi RM5 juta susulan kereta api kabel Bukit Bendera ditutup - Guan Eng, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PBBPP rugi RM5 juta susulan kereta api kabel Bukit Bendera ditutup - Guan Eng
link : PBBPP rugi RM5 juta susulan kereta api kabel Bukit Bendera ditutup - Guan Eng

Baca juga


PBBPP rugi RM5 juta susulan kereta api kabel Bukit Bendera ditutup - Guan Eng

GEORGE TOWN: Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) mengalami kerugian hasil pendapatan kira-kira RM5 juta ekoran perkhidmatan kereta api kabel atau funikular Bukit Bendera yang ditutup selama hampir dua bulan.

Pengoperasian pusat pelancongan popular di Pulau Pinang itu terpaksa dihentikan buat sementara waktu bermula 5 Nov lalu, susulan kejadian banjir dan tanah runtuh yang melanda pulau itu.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, kereta api kabel Bukit Bendera kembali dibuka kepada orang ramai seawal jam 6.30 pagi hari ini selepas kerja-kerja pembersihan kawasan tersebut selesai dilaksanakan.

Katanya, ia dibuka semula kepada orang ramai selepas pihaknya berpuas hati dan yakin dengan tahap keselamatan perkhidmatan tersebut walaupun kerja-kerja pemulihan masih berjalan ekoran beberapa lokasi runtuhan yang masih belum dibaiki sepenuhnya.

"Tempat-tempat yang belum 100 peratus dibaiki bukan tempat yang dilawati pelancong. Sebaliknya, ia adalah tempat-tempat kediaman peribadi atau swasta.

"Bagi kawasan-kawasan yang dikunjungi pelancong, ia adalah 100 peratus selamat. Ini adalah syarat atau peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri," kata Guan Eng selepas merasmikan pembukaan semula perkhidmatan kereta api Bukit Bendera di sini, hari ini.

Menurut Guan Eng, sebanyak 194 kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Bukit Bendera yang menyebabkan perkhidmatan itu tergendala.

Kejadian tersebut menghalang bukan sahaja laluan ke kediaman tetapi juga laluan jip, jalan utama ke bukit itu.

Kerja pemulihan dan pembaikan tertumpu kepada tiga kawasan utama iaitu landasan kereta api kabel, kawasan di kemuncak dan laluan jip dari Kebun Bunga.

Hampir seluruh Pulau Pinang terjejas banjir selepas angin kencang dan hujan lebat melanda negeri itu pada 4 dan 5 Nov lepas menyebabkan Lim merayu bantuan daripada Kerajaan Persekutuan.

Banjir itu mengorbankan tujuh nyawa, dan angin kencang serta hujan lebat merosakkan hartanah selain mengakibatkan pokok tumbang di beberapa kawasan.

Sementara itu, Pengurus Besar PBBPP Cheok Lay Leng berkata, susulan kawasan berkenaan diklasifikasikan sebagai ‘zon merah’ akibat kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang, proses pembersihan dan pemulihan dijalankan PBBPP dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan sukarelawan.

Mengenai kerja-kerja pemulihan yang masih belum siap sepenuhnya dan kawasan yang perlu dibaik pulih, Cheok berkata: “PBBPP akan bekerja keras bersama-sama agensi persekutuan dan agensi kerajaan negeri untuk memastikan kerja-kerja tersebut dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat."



Sumber PBBPP rugi RM5 juta susulan kereta api kabel Bukit Bendera ditutup - Guan Eng


Demikianlah Artikel PBBPP rugi RM5 juta susulan kereta api kabel Bukit Bendera ditutup - Guan Eng

Sekianlah artikel PBBPP rugi RM5 juta susulan kereta api kabel Bukit Bendera ditutup - Guan Eng kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: