Judul : Haramkan ‘Antithesis’, Benz Ali terbit 14 buku lagi
link : Haramkan ‘Antithesis’, Benz Ali terbit 14 buku lagi
Haramkan ‘Antithesis’, Benz Ali terbit 14 buku lagi
KUALA LUMPUR, 30 Dis — Aktivis sosial Benz Ali berikrar akan terus berkarya walaupun bukunya Antithesis diharamkan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Selepas diterbitkan pada 2014, katanya, terdapat 14 buku lagi diterbitkan termasuk lapan buah yang beliau terbitkan sendiri “bukan atas namanya”.
Memetik tulisan dalam Antithesis “tulisan lawan tulisan, idea lawan idea, buku lawan buku”, penulis buku itu juga tidak memerlukan simpati kerajaan.
“Saya berjuang dengan menulis. Saya cari makan dengan buku yang dijual. Saya tidak tahu bagaimana saya hendak berhenti,” katanya dalam satu kenyataan.
Dilaporkan Antithesis dan buku Assalamualaikum: Observations on the Islamisation of Malaysia karya Datuk Zaid Ibrahim antara 21 buku yang diharamkan kerajaan.
Ini kerana kandungannya mungkin memudaratkan ketenteraman awam, menggemparkan fikiran, berlawanan dengan mana-mana undang-undang, memudaratkan kemoralan dan kepentingan awam.
Benz Ali turut mempersoalkan mengapa bukunya diharam selepas tiga tahun diterbitkan sedangkan sudah empat kali diulang cetak sehingga 2,000 naskah untuk sekali cetakan.
Katanya, buku itu adalah koleksi tulisannya di Facebooknya yang didokumentasikan lalu beliau mempersoal apa maksud sebenar larangan terhadap bukunya.
“Jadi apakah yang kerajaan Malaysia sedang atau cuba lakukan? Mengharamkan Facebook? Mengharamkan buku? Atau mengharamkan saya sendiri?” katanya.
Sumber Haramkan ‘Antithesis’, Benz Ali terbit 14 buku lagi