Sibu sasar sifar denggi

Sibu sasar sifar denggi - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Sibu sasar sifar denggi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sibu sasar sifar denggi
link : Sibu sasar sifar denggi

Baca juga


Sibu sasar sifar denggi

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) merekodkan penurunan mendadak sehingga 93 peratus kes denggi di kawasan seliaannya sepanjang tahun ini.

Ia memperlihatkan penurunan dari 1,299 kes dilaporkan sepanjang tahun lalu kepada hanya 92 kes yang direkodkan bagi tempoh sama tahun ini.

Timbalan Pengerusi MPS, Rogayah Jamaain, berkata  bermula awal tahun ini, pihaknya melaksanakan pelbagai pelan tindakan drastik, khusus bagi menangani wabak berkenaan.

Katanya, antara inisiatif dilaksanakan termasuk menggalakkan program gotong-royong bersama komuniti setempat, selain meningkatkan aspek penyelenggaraan sistem saliran dan perparitan.

"Keseluruhannya, tiga zon dikenal pasti sebagai kawasan wabak iaitu di Zon 14 membabitkan Rejang Park, Zon 7 (Jalan Tiong Hua) dan Zon 5 (Jalan Mahsuri dan Jalan Pedada).

"Tiga zon ini menjadi tumpuan kaedah penyemburan anti nyamuk (fogging) secara berterusan.

Sehingga November lalu, aktiviti penyemburan asap yang dilaksanakan bersama Jabatan Kesihatan membabitkan lebih 80,000 premis perniagaan dan unit kediaman," katanya ketika dihubungi BH, di sini hari ini.

Selain penyemburan asap, MPS turut mengatur gerak kerja gotong-royong bersama penduduk setempat bagi membersihkan kawasan kediaman menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. 

"Gotong-royong ini dilakukan hampir setiap minggu. Sebanyak lebih 130 aktiviti itu dilaksanakan dengan bantuan dari jawatankuasa penduduk dan persatuan kejiranan," katanya.

Rogayah berkata, MPS juga bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan  dalam melakukan pemantauan dan pengawasan Aedes dengan menjalankan pemeriksaan ke atas premis kediaman dan perniagaan. 

"MPS turut meluluskan dana RM400,000 bagi projek pengorekan dan pembersihan parit serta longkang di kawasan pentadbirannya sebagai langkah menangani jangkitan wabak denggi secara lebih berkesan.

"Untuk 2018, MPS mahu memberi fokus kepada pendidikan dan gerak kerja penguatkuasaan terhadap penduduk yang gemar membuang sampah merata-rata. 

"Pembuangan sampah ini sukar dibendung kerana mereka biasanya membuang sampah pada waktu malam.

"Namun, kita akan cuba melakukan mendidik orang ramai agar lebih mengambil berat kebersihan  persekitaran mereka," katanya.



Sumber Sibu sasar sifar denggi


Demikianlah Artikel Sibu sasar sifar denggi

Sekianlah artikel Sibu sasar sifar denggi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: