Judul : Gabung kelas: Ingat semua darjah satu pandai baca, kira? - MPN
link : Gabung kelas: Ingat semua darjah satu pandai baca, kira? - MPN
Gabung kelas: Ingat semua darjah satu pandai baca, kira? - MPN
KUALA LUMPUR: Murid cemerlang dan lemah perlu diasingkan bagi mengelak tahap perkembangan pelajar terjejas, kata Prof Datuk Raduan Che Rose.Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Profesor Negara (MPN) itu menegaskan jurang pendidikan yang berbeza di negara ini akan menyukarkan penerimaan dalam kalangan murid, terutama tahap satu.
"Pelaksanaan pengasingan kelas sebelum ini bukannya ada arahan atau apa-apa. Cuma ia sebagai satu amalan untuk memudahkan guru membimbing murid ikut prestasi akademik masing-masing.
"Di Malaysia, ada yang masuk tahun satu belum kenal huruf, manakala ada pula yang sudah pandai membaca dan mengira.
"Kalau kita lambakkan semua sekali gus semua pelajar dalam satu kelas tetapi tahap pencapaian mereka sangat berbeza, ini menyukarkan proses pengajaran dan pembelajaran."Yang paling pandai dan yang paling lemah perlu diasingkan, sekali gus perlu ada cara serta amalan yang sesuai untuk dilaksanakan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, di sini, hari ini.
BACA: Apa guna gabung kelas tapi 40 murid satu kelas? - PAGE
BACA: Gabung kelas: 'Takkan nak biar murid melompat?' - Luahan guru terbeban
Malah, beliau mempersoal tujuan utama Kementerian Pendidikan mengeluarkan arahan penghentian pengasingan kelas mengikut prestasi akademik murid.
"Penggabungan kelas ini, apa yang kita nak sebenarnya? Bila kita tidak mengadakan pengasingan ini, kita mengandaikan semua pelajar-pelajar mempunyai taraf pencapaian akademik yang sama.
"Salah satu syarat mesti ada guru terlatih kerana mereka perlu melakukan penilaian di peringkat sekolah," katanya.
BACA: Kerajaan takut wujudkan sekolah satu aliran - MPN
Mengambil contoh di Finland, Raduan berkata guru-guru di negara itu mempunyai sarjana pendidikan (pedagogi).
Justeru, beliau berharap supaya pelaksanaan penggabungan kelas tanpa menilai prestasi akademik murid diteliti bagi mengelak murid terus tercicir tanpa sistem perkhidmatan perguruan yang inklusif.
Sumber Gabung kelas: Ingat semua darjah satu pandai baca, kira? - MPN